Aku wanita hebat. Apa yang kurang pada aku? Tiada. Aku comel, cantik, bekerjaya, kaya dan miliki segalanya. Aku ada pakej yang lengkap. Cukup lengkap. Aku seorang pendidik. Aku juga antara yang terlibat dalam menulis buku teks sekolah. Tidak cukup dengan itu. Aku juga memiliki bisnes kek sendiri. Aku merupakan anak ke 11 dari 12 beradik. Aku paling berjaya dalam kalangan adik beradik ku yang lain.
Aku memiliki dua orang anak lelaki dan pernah memiliki dua orang suami.Ye aku Janda. Pada aku, memperjuangkan hak wanita itu adalah kewajipan untuk aku.Wanita itu harus dilayan laksana permaisuri.
Bukan ditinggal-tinggalkan dan diambil ksempatan sewenangnya. Aku mahu lelaki yang setaraf denganku. Yang sentiasa memberikan aku kasih sayang dan waktu.
Perkahwinan pertama aku ketika aku berusia 25 tahun dengan seorang pegawai polis. Aku telah dibomoh dan diguna gunakan oleh suami sendiri.
Aku juga gagal memiliki anak kerana amalan hitam keji bekas suami ku ini. Namun, semua ini tidak kekal berpanjangan hanya bertahan selama 5 tahun.
Aku berjaya mengetengahkan k3s ini ke mahkamah dan berjaya membuktikan kemenangan buat aku. Ternyata hal sihir dan khurafat ini didengari oleh hakim dan talak telah dijatuhkan.
Ketika aku berusia 31 tahun sekali lagi aku menemui cinta baru dengan lelaki yang lebih muda dari aku.
Aku kenalkan dia sebagai Ean. Perkenalan kami terlalu singkat dan tidak lama kami terus diijabkabulkan. Kami memiliki minat yang sama dalam bidang permotoran besar.
Aku tekad mengahwini Ean kerana aku yakin melalui Ean aku boleh berjaya memiliki anak. Alhamdulillah aku dikurniakan dua anak lelaki.
Setelah menghampiri 5 tahun perkahwinan dan setelah memiliki anak ke dua, aku sudah tidak jumpa kserasian antara kami.
Aku bosan. Aku sunyi. Ean seorang pekerja kapal di lautan. Tidak selalu ada dengan aku.
Aku menguruskan kedua anak dan kerjaya aku banyak seorang diri. Jadi seperti tiada guna aku meneruskan perkahwinan ini.
Aku boleh berdiri sendiri. Aku ada dua anak yang bijak dan comel. Aku cantik, aku kaya. Ean tidak mampu melayan aku seperti permaisuri.
Dia tidak mampu ada saat aku perlukn dia. Dia juga terlalu melengahkan untuk mengadakan pembantu rumah untuk aku.
Kerjaya Ean juga tidak menunjukkan perubahan aras. Masih di takuk yang sama. Aku mahu rumah yang besar kereta yang besar.
Aku benci duduk di rumah setinggan seperti ini. Aku mahu lelaki yg stabil. Aku perlu lelaki yang sentiasa ada dengan aku.
Ketika Ean diatas kapal, aku berkenalan dengan Shah tanpa sengaja. Aku bahagia.
Terasa lengkap hubungan ini. Shah seorang lelaki yang sangat romantis. Seorang lelaki yang matang. Kacak. Sentiasa ada bila aku perlukn dia. Bergaji tinggi.
Inilah yang aku mahukan dari seorang lelaki. Setaraf dengan ku. Aku bahagia dgn Shah. Dia sangat melengkapi aku. Sepanjang ketiadaan Ean, Shah sentiasa membahagiakan aku.
Melayani aku seperti permaisuri. Shah manjakan aku. Malah pintu kereta pun dia buka kan untuk aku. Aku sangat bersyukur adik bungsu ku dan suami nya sentiasa menyokong hubungan aku dengan Shah.
Tetapi yang menjadi masalah buat aku adalah kakak dan abang ipar aku. Hubungan aku dan Shah berjaya dihidu oleh meraka anak beranak dan mereka menentang keras hubungan kami.
Hubungan Ean dan mereka sangat rapat. Aku tahu lambat laun mereka akan beritahu hal ini pada Ean.
Aku perlu bijak untuk menghalang semua ini dari terlepas ke pengetahuan Ean. Berbeza dengan adik dan iparku.
Mereka sangat bersetuju aku tinggalkan sahaja Ean kerana Ean zalim membiarkan aku menguruskan semuanya sendiri.
Hanya mereka berdua sahaja faham penderitaan aku selama ini. Ean terlihat naif dan baik tetapi hakikatnya dia biarkan aku derita seorang diri.
Sikap ambil mudah dan ketidakmatangan nya membuat aku semakin hlang kasih dan cinta. Dengan bantuan adik dan iparku aku bebas bermadu kasih dengan Shah.
Anak anak diuruskan sepenuhnya oleh adik ku dan suaminya. Bila tiba hujung minggu, baru aku ada masa untuk mengambil anak anak dari adik ku.
Aku masih tahu tanggungjawab ku. Cuma atas kekangan masa dan jarak memaksa aku untuk tinggal kan anak anak dengan adik dan ipar ku di Kajang.
Aku menyewa berhampiran dengan apartmen Shah di kota raya bagi memudahkan aku berulang alik ke sekolah.
Segalanya sangat sempurna kini. Aku tidak lagi terbeban seorang diri. Shah juga tidak kekok melayani anak anak ku yang masih kecil. Semuanya dia lakukan tanpa perlu aku pinta.
Namun, tidak seperti perkahwinan pertamaku yang dahulu, mudah untuk aku melepaskan diri. Ean terlihat sempurna.
Aku perlu cari cara untuk meloloskan diri. Ketika Ean di lautan, Ean ada mengadu skit belakang dengan aku. Ini peluang baik untuk aku mencari cara.
Aku tahu ini lah saat untuk aku katakan pada Ean yang dia terkena buatan sihir. Aku akan katakan ini semua perbuatan kakak dan abang ipar ku.
Aku tahu dia cinta dan akan percayakan aku. Setelah 3 bulan, tiba masa Ean turun ke darat. Aku suruh Ean mandi air yang aku sediakan.
Aku bagi dia minum. Aku yakinkan Ean dia memang terkena sihir. Ean percaya semuanya.
Hubungan Ean dan kakak serta ipar ku terputus. Aku berjaya. Namun jiwa aku tetap tersksa. Aku rindukan Shah.
Kepulangan Ean menyukarkan aku untuk bertemu dengan Shah. Aku sudah hlang rasa pada Ean.
Cinta aku hanya pada Shah. Aku rimas dengan kepulangan Ean. Aku mahu keluar. Aku nekad. Dengan bantuan adik dan adik iparku bersama Shah aku akan melarikan diri.
Aku akan pergi membawa anak anak dengan ku. Aku tidak mahu berpura pura lagi. Malam itu, Ean keluar sebentar, ibu mertua ku ada di rumah.
Tapi aku yakin orang tua tu tidak ambil kisah. Aku terus keluar. Sejurus Ean tahu aku keluar, Ean seperti biasa terlalu naif dan buntu.
Ean berkali kali memohon maaf, tanpa henti memujuk aku untuk pulang. Pelbagai usaha memujuk rayu aku pulang. Tetapi Ean silap.
Itu adalah langkah pertama ku dan aku takkan berpatah balik. Sejak dari itu, bermulalah strategi aku untuk keluar dari perkahwinan ini.
Selang seminggu aku nekad untuk memohon cer4i pada Ean. Aku minta cara baik. Namun Ean menolak. Aku semakin membenci Ean. Ean menghalang keinginan aku.
Pelbagai cara aku lakukan untuk membuatkan Ean nampak dayus. Aku sksa ment4l Ean dengan melarikan diri bersama anak anak.
Sebab aku tahu kelemahan Ean adalah anak anak. Jika aku sksa ment4l Ean, aku pasti Ean akan bertindak ganas. Semua itu boleh dijadikan asbab kelak untuk aku buktikan Ean lelaki dayus.
Aku tiada bukti untuk membuat tuntutan fasakh terhadap Ean. Segalanya dia laksanakan dengan baik. Pelbagai usaha Ean lakukan untuk aku pulang semula.
Namun, keinginan aku mengatasi segalanya. Aku keluarkan saman ceraai terhadap Ean. Aku nyatakan pada saman tersebut Ean pkul aku dan tidak melaksanakan nafkah dengan baik.
Aku yakin dengan kuasa wanita aku aku berjaya meyakinkan hakim nanti. Ean sendiri tidak berdiam diri, dia mula mengambil lawyer untuk lawan k3s kami.
Tetapi, setelah aku fikir kan ada baik aku menarik saman sahaja semula, kerana Ean tetap tidak akan lama di darat. Aku bebas untuk buat apa sahaja. Anak anak pun masih dengan aku.
Segalanya sempurna hampir setahun. Ean akhirnya tahu hubungan aku dan Shah, melalui kakak kandungku dan abang ipar ku.
Namun Ean masih merayu aku untuk pulang. Bodohkan Ean. Haha. Pujuk rayu Ean aku abaikan. Aku rasa kosong. Aku rasa benci. Pada aku, aku hanya perlukn Shah dalam hidup aku. Aku di zon selesa.
Biarlah tergantung pun, asal aku miliki kepuasan. Namun, Ean yang aku sangkakan hanya diam tak berkutik nekad mencul1k anak sulungku dari taska pada hujung tahun lepas.
Ean dgn bantuan kakak kandungku berjaya melarikan Irfan anak sulungku dari taska. Kebencian aku pada Ean dan kakak kandungku semakin meluap meluap.
Aku rela putus saudara dengan kakak ku. Dia begitu keji menyebelahi iparnya dari saudara kandungnya sendiri. Bayangkan naluri ku sebagai seorang ibu terpisah dengan anak lebih dari sebulan lamanya.
Aku mula mengatur langkah. Aku membuat laporan polis. Aku pergi dengan polis menyerbu rumah Ean.
Dari malam hingga ke lewat pagi aku bersama polis dan Shah menunggu di hadapan rumah Ean diiringi siren polis. Namun Ean dan Irfan entah ke mana.
Aku pulang dengan hampa. Aku tekad. Aku akan buat pelbagai tuntutan. Termasuklah hak hadinah. Akan tetapi, kami masih sah suami isteri.
Ini sangat membataskan aku. Aku perlu akhiri perkahwinan ini dahulu sebelum menuntut hak hadanah. Aku failkan semula saman ceraai.
Dengan kuasa wanita dan seorang ibu, aku berjaya mendapatkan semula anak ku dengan perintah mahkamah secara serta merta.
Aku menangis semahunya ketika Irfan dalam dakapan ku. Aku rindukan dia. Aku hampir hlang nyawa. Setelah aku mengambil semula Irfan, aku tekad.
Aku tahu Ean takkan berhenti. Dia pasti akan cari cara untuk lawan hak hadinah nanti. Jadi aku perlu selangkah lebih bijak dari Ean.
Aku akan bawa k3s ini ke sivil walau apa cara sekali pun. Syariah sahaja akan melambatkan urusan aku. Aku yakin. Aku takkan GENTARRR. Aku nekad.
K3s syariah, ceraai tetap berjalan, Ean tidak mudah untuk melepaskan aku sebab aku tahu dia terlalu cintakan aku. Aku HOT. Mana mungkin dia mahu lepaskan aku semudahnya.
Dengan kebijaksanaan aku dan bantuan adik ipar ku yang merupakan seorang koperal polis ahirnya aku berjaya membuktikan.
Ean mendera anak aku Irfan sewaktu Ean mencul1k anak kami. Ean ditangkap polis pada hari sama k3s syariah kami berjalan.
Aku rasa puas dapat lihat Ean meringkuk dalam lokap. Berhari2 Ean direman dan Ean ketika pertuduhan dia mengaku tidak bersalah.
Aku berjaya mencalarkan profil Ean. Jika benar dia tersabit sudah pasti hak hadinah dimiliki hanya oleh aku. Oh.. Untuk pengetahuan kalian Ean juga memfailkan tuntutan nusyuz terhadap aku.
Tapi Ean bodoh di Malaysia ni aku takkan terksan sebagai hadinah untuk k3s nusyuz ni. Hahahaa. Dasar sia sia.
Sepanjang panggilan untuk k3s nusyuz tak pernah sekali pun aku datang. Semak je. Tapi paling bodoh sekali selain ibu mertua ku.
Yang menjadi saksi untuk k3s nusyuz aku adalah kakak kandung dan anak buah aku sendiri.
Sudahlah miskin bodoh pula. Sanggup mengaibkan adik kandung sendiri dibanding adik ipar dayus dia tu.
Sedari awal, Ean dan kakak ku cuba untuk menangkap khalwat aku berkali kali. Namun mereka gagal. Sedangkan JAWI pun tidak sebok hal aku. Mereka nak tunjuk hero nak kantoikan aku. Kelakar.
Setelah berkali kali turun naik mahkamah untuk k3s ceraai kami. Setelah dua tahun aku tersksa. Ahkirnya Oktober tadi kami sah berceraai.
Lafaz talak dilafazkan oleh wakil Ean. Nampak sangat lafaz Ean tak laku untuk aku. Aku tidak ksah Ean membuat tuntutan apa pun. Yang aku mahu cuma CERAAI.
Shah sangat setia menemani aku di luar mahkamah. Kasihan Ean. Usai ceraai aku sudah ada Shah. Ean ada siapa.Duda lah kau sampai ke tua. Dasar tak laku.
Aku ada anak anak. Aku tidak akan sesekali biar anak anak berjumpa dengan Ean.
Walau apa cara sekali pun, aku melarikan anak anak dari Ean. Biar Ean menderita tanpa anak anak.
Aku akan pastikan Ean terbukti bersalah untuk k3s dera tu nanti. Tersabit Ean kelak maka terkuburlah hasrat Ean untuk bertemu anak selamanya.
Ini harga yang Ean perlu bayar setelah menculiik Irfan tempoh hari.Segala bukti aku cukup lengkap. Kau tunggu nasib kau Ean.
Kau gigit jarilah tengok aku bersama Shah dan anak anak. Kau merana lah seorang diri sehingga m4ti. Aku sangat yakin k3s dera ini akan membelenggu hidup kau, kerjaya dan masa depan kau.
Nasib pun sentiasa menyebelahi aku dengan k3s pandemik ini semua k3s mahkamah akan berpanjangan. Semua ini karma untuk lelaki dayus macam kau.
Bukankah patut Ean berundur diri sebagai Hadinah. Dia tak layak langsung pun. Kerja di lautan berbulan-bulan. Mampu ke dia nak jaga anak anak. Diri sendiri pun tak terjaga.
Kau duduk jela diam sana. Kerja pun setakat cuci kapal. Ada hati nak jaga anak anak. Kau tu tak mampu. Aku mampu. Lebih dari mampu. Kerjaya aku stabil.
Aku cikgu. Aku ibu. Aku ada hak mutlak. Masa aku banyak. Adik dan ipar ku juga tiada masalah untuk membantu aku mengurus kan anak anak.
Dia ada siapa. Tolonglah Ean kau sedar diri. Mengalah jelah. Hiduplah kau mereput dengan k3s jenayah kau itu.
Buat bekas suami ku Ean sayang, nikm4tilah hidup kau sementara kau belum disabitkan dera ini. Dan teruskan bermimpi untuk bersama dengan anak anak kembali.
Ini antara respon netizen yang paling terksan.
Zura.Banyak sangat tengok drama.. Cerita pasal kecur4ngan sendiri.. Pas tu asyik duk puji diri sendiri cantik, comel, bijak, kaya… Meluat baca confession macam ni.. Tak ada manfaat pun… Macam mana kisah KRT macam ni lepas ke sini
Mungkin cita cita nak jadi cikgu tapi tak ksampaian.. Berangan pun boleh kot mana tau ada yang nak buat drama kisah cinta dia ni
Izzah. Kelako la confessor . Syok sendiri. Kau tanya ex-husband ada siapa? Dia ada Allah. Dia orang teraniaya. Seandainya dia berdoa maka doa dia makbul taw.
Masa berkahwin lg kau dah aniaya dia. So get ready la azab yg akan datang. Aku harap kau tak ditimpa di dunia sbb takut orang lain terkena tempias dan menyusahkan orang lain. Have fun sementara masih boleh
Suzana. Sgt angkuh… Adakah sikap cikgu sebegini.. Memalukn.. Ingat tau.. Langit x selalu cerah.. Doa org yg dizalimi akn dimakbulkan kelak..
Patut sgt saudara kandung x menyebelahi cikgu angkuh n s0mbong ini.. Satu masa, cikgu ini akn terima balasan..
Saya pun cikgu cantik n comey pun tapi x seangkuh anda.. Semuga klau benar anda cikgu.. Insaf lw.. Ex hbby anda juga manusia, ada hati n perasaan…
Geehah. Bongkak betul confessor ni. Aku sampai trbayangkan dia ni seorg founder kosmetik, yelah duk puji diri sendiri melambung seolah2 tak ada langsung kelemahan dan kekurangan.. Hmm rupanya cikgu..
Mencalarkan profesion perguruan je kau ni Btw, sampai habis aku baca confession ni dan langsung tak jumpa ayat
“Rupa2nya ini sekadar mimpi”. Mau murung aku layan confession ko
Tihani.Hahaha aku baca macam cerita dongeng. First, kau tu penggubal buku teks.. So lepasni tak payah la nak heret sekali dalam cerita kau ni. Ada akta kan? Sain borang merah ke idok?
Kau punya sikap ini aku baca.. Keakuan. Dari mula sampai habis kau saja yang betul.
So baik kau muhasabah diri kau balik ok. Cikgu kan? So boleh la berfikir secara kbat.
Seterusnya kau ini gila tau kak… Ada suami pergi cari jantan lain. Yang si shah tu apa ke bodohnya melayan isteri orang. Sekali lagi cerita sampah macam ini ada dalam page ni.
Sila bertaubat. Tahun depan jangan buat buku teks lgi la kak oii.. Buat soalan periksa pun jangan tau
Adilah. social experiment lagi ke ni dia kata dia hot comel cantik, sorry tak nampak sebab tak letak full body image kan. tapi kalau kurang bijak tu macam jelas bercahaya la.
kata cikgu, penggubal buku teks lagi, eja hadhanah pun tak betul, hadhanah ye bukan hadinah. kata kaya, tapi duduk rumah sewa hmmm..
point banyak tak matching ni. nak suami yang selalu ada disisi. bos saya kata lelaki yang banyak duit selalunya tak banyak masa.
lelaki yang banyak masa biasanya tak banyak duit. nampak make sense kata bos saya tu. nak jadi permaisuri tapi nak setia dengan satu suami pun susah macam nak suruh pergi m4ti.
banyak perempuan menderita sebab suami tak baik. dia ni dah dapat yang baik pergi campak campak, fitnah macam macam. tengok tajuk memang la tak gentar.
Sebab belum kena lempang dengan ujian Allah. sekali tuhan uji kot tak mampu nk tegakkan tulang belakang kot. doa orang yang dizalimi sangat dekat dengan Allah tau.
watch out your step. takut esok tiba tiba jatuh cinta ikat m4ti dengan skandal baru, tiba tiba kena dump, duit kena kikis, body pun dah lunyai, mungkin ada ruang sikit kot nak guna fungsi otak dengan baik
Nurul.Terbaikkkk angan2 ko dik.. Dari awal sampai habis aku baca dan sangat pasti inilah angan2 yang kau impikan menjadi realiti.. Cer try buat novel.. Mana tau laku.. Boleh jadi kaya raya..
Ksian profession cikgu yang ko gunakan.. Gunalah profession lain.. Cikgu busy nak buat PDP lah, fail pelajar murid lah, duit habis buat fotostat tuk anak murid lagi..
Tukar profession jadi founder kilo lah kak.. Tu konfem kaya raya..
Ain. Takyah perasan la kak, penat aku baca confession kau . Rasa mcm bodoh pun ada sanggup kau putuskan saudara dan ceraai dgn laki kau sbb mereka tkmampu nak turut kehendak nafsu bodoh kau tu.
Perempuan lain sibuk bersedih dgn suami yg tinggalkan nya walaupun suami tu tkde apa tp kau ni suami dh cukup perfect mcm ni kau merasa bangga tinggalkan dia demi lelaki yg baru kau rasa cinta dan sayang tu .
Kau tkkenal lagi lelaki yg kau puja tu mcm mana . Try pikir klu dia lelaki yg baik takkan dia mudah ambik hak orang
Entah entah laki tu nnt tinggalkan kau sbb pilih perempuan lain . Maklum la laki kan nk pilih yg terbaik utk jd ibu kpd anak anak nya . Bawak bertaubat la kak . Balik mintak maaf dgn husband kau tu .
Ieqa. Ini halusinasi dia sendiri ni, nak up diri sendiri cantik, hot, hebat, berkerjaya..mungkin dia tak pernah dpt pujian, jadi pujilah diri sendiri..
atau mungkin dialah mngsa yg sebenarnya..tp diterbalikkan cerita hahaha..adoiii apekah drama kau ni tecer Pening kepala sis nak pk ni cter betul ke cter main2
Munirah. 2 perenggan pertama baca pun dah dapat agak orang jenis mcm mana. Wow bangganyaaa cur4ng dengan suami ye.
Tak faham celah mana yg suami tu jahat n dayus. Yang nampak jelas kat sini kau tu yg jahat n nusyuz. Dahlah cur4ng pastu fitnah2 pulak, aniaya suami sendiri. Tak layak jadi pendidik orang macam ni.
Ismi. Amendee la perangai mcmni jd cikgu. Pastu sendiri2 mengaku pulak tu. Sy syak cerite ni memang ade memang betul berlaku, tp yg tulis ni mungkin kakak kandung dia sengaja nk perli adik dia bg terasa kot.
Jaha sungguh la dok penayaa laki sendiri mcmtu. Cakap ja la elok2 kt somi yg batin tersksa jgn tinggai lama, nk berjimak tak tahan sgt dh.
Suruh somi balik keja dekat2 ka… Ni sampai planning acah2 world of marriage pulak dahhh. Meluattt aihh baca
Solehah. one word for you, sorry to say “BODOH”. tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Allah boleh burukkan muka kau bila2 masa,
DIA boleh buat kau jatuh miskin anytime, kalau kau buat cerita ni sekadar reka2,
kau sebenarnya dah menghabiskan masa kau dengan sia2, tapi andai benda ni berlaku, tak kurang dari title “PEREMPUAN TERKUTUK”.
Semoga kami dan keturunan kita semua terhindar dari benda macam ni. Nauzubillah. MOHON BERTAUBAT YA CONFESSOR
Zahra.JOKER of the year . Rasanya ni rekaan je nak tarik crowd orang komen kat confession dia. haha…
Seriously.
If kalau betul pun, sudah2 la berangan. Lagi ramai wanita jauh lagi cantik, hot, kaya dari kamu TAK HERAN dengan apa kamu banggakan or kamu nak capai sekarang ni.
Nak tau siapa? Neelofa, Prof Muhaya, Mizz Niza tu 200% jauh lebih baik dr kamu .
Tau apa beza dorang dgn kamu? Standard dan ment4liti kamu dengan dorang tak sama.
Dorang dah another level cari kebahagiaan kerana Allah, apa yg mereka ada semua ni hanya pinjaman Allah.
I think ni hanya cerita rekaan jer. Memalukn k4um kami je kuasa wanita konon. Jgn sebut nama k4um wanita tu.
Sumber KRT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.