Lama tak dengar khabar berita dan tengok lakonan Faralyna Idris di kaca televisyen. Wajah cantiknya sering menghiasi drama TV sekitar tahun awal 2000 namun kini ibu kepada dua cahaya mata berkenaan memilih untuk melupakan karier seninya demi keluarga tersayang.
Faralyna yang menginjak usia 32 tahun mengambil keputusan bergelar suri rumah sepenuh masa. Pastinya ia bukan satu tugas mudah buat wanita ini yang sudah sebati dengan dunia seni. Pun begitu, dia nekad mengambil keputusan sedemikian.
Sepanjang bergelar pelakon, Faralyna menjayakan banyak drama dan filem. Bahkan namanya mula menarik perhatian peminat apabila muncul dalam drama berkisarkan kehidupan remaja iaitu Kisah Kaisara musim kedua di samping Sari Yanti dan Wan Sharmila. Ia merupakan lakonan pertama Faralyna.
Antara drama lain yang pernah dijayakan figura ini termasuklah Sutera Cinta, Fira Ayuni dan Kampus.
Dia tidak kesal meninggalkan kerjaya itu kerana terbit rasa ‘kehilangan’ terhadap anak-anak apabila berada di set penggambaran. Memetik kenyataan Faralyna dalam portal akhbar, dia mengambil keputusan itu ketika kehadiran anak kedua dan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima bulan.
Jelasnya lagi, anak-anak dan suami sentiasa menjadi keutamaan hingga ke hari ini. Malah dia sudah berdamai dengan takdir dan berlapang dada dengan setiap ketentuan.
Faralyna juga memanfaatkan dirinya dengan kerap berkongsi ilmu keibubapaan menerusi platform media sosial dan menyebar aura positif buat kaum ibu serta golongan wanita.
“Don’t be too hard on yourself. Being hard on yourself can ruin your mood, focus and productivity if you let it in. Relax. Chill chill je. Budak-budak ni tidak selamanya akan jadi ‘kids’.
Betul. Sedari kecil kita dah perlu didik mereka menjadi seorang yang berdisiplin, berbudi bahasa, sopan santun dan lain-lain. Tapi jangan kita lupakan fitrah mereka sebagai kanak-kanak tu. Bagi mereka ruang. They need it as much as you need it.
Used to be that kind of person yang semua benda kena ikut my way. Lagi pula guna kuasa ‘mom’ yang kita ada kononnya. Bila tak kena dengan apa yang I nak, I stress. Anak-anak pun stress juga dan you akan rasa susah sangat and not enjoying motherhood.”
Ujarnya lagi perjalanan menjadi seorang ibu juga sesuatu yang menyeronokkan.
“Me myself is still learning and exploring. Memanglah banyak nak kena lalui. Happy, sedih, penat, suka, duka segalalah. But would I trade this journey for any other joy in the world?
Nope. Never. Syukur alhamdulillah for who I am today.”
Faralyna Idris mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada 12 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Fira Anggun berusia lapan tahun dan Fira Ayu berumur lima tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.