Pelakon Qistina Raisah Minta Artis Menang Anugerah Jangan Berlagak, Sekali Bell Ngasri Masuk Komen!

Kuala Lumpur – Memulakan karier lakonan sejak berusia empat tahun, pelakon remaja Qistina Raisah memaklumkan sudah lama menyimpan hasrat untuk menggenggam trofi sesebuah anugerah.

Kata Qistina atau Nur Qistina Mohd Kamarol Azri, 15, dia percaya rezeki masih belum memihak padanya memandangkan ramai lagi pelakon hebat lain turut menerima nasib sama sepertinya.

Saya sangat teringin anugerah tapi ia bergantung pada rezeki ramai artis-artis hebat lain pun tak menang anugerah lagi.

“Bagi saya anugerah itu ibarat itu sahaja macam tiada apa-apa, tapi kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun tak apa sebab ia berbalik kepada rezeki,” katanya.

Bell Ngasri Masuk Komen

Dalam pada itu, Qistina juga berharap rakan artis yang sudah menerima anugerah tidak memandang rendah kepada mereka yang belum berjaya mencapai kejayaan itu.

Katanya setiap pelakon masih lagi perlu belajar meskipun mereka telah menerima anugerah.

Tapi jangan hina orang tiada anugerah. Semua orang ada perasaankan? Siapa dah menang itu rezeki dia.

Tak kisahlah dah menang anugerah atau belum, tapi setiap kali berlakon kita masih kena belajar lagi.

 

“Orang yang tidak berada dalam industri ini mungkin kurang faham mengenai perkara ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Qistina berpuas hati dengan mutu lakonannnya dalam filem Rahsia memegang watak sebagai Marina.

Dalam masa sama, dia berterima kasih kepada Nabila Huda kerana mempelajari banyak perkara daripada aktres berkenaan.

Filem ini dilakonkan tiga tahun lepas ketika itu saya masih kecil lagi agak susah bagi saya untuk memahami.

Tapi atas bantuan Mummy Abil Nabila Huda banyak sangat tunjuk ajar yang dia berikan kepada saya. Kalau berlakon dengan dia memang saya suka, ujarnya.

Rahsia merupakan sebuah filem reboot diarahkan oleh anak kepada Othman Hafsham iaitu Shamyl Othman dengan tajuk yang sama yang ditayangkan pada tahun 1987.

Ini merupakan filem seram tempatan pertama yang direboot semula.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply