SELEBRITI Nabil Mahir menerima rawatan kecemasan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami bengkak pada muka dan sesak nafas akibat alahan ubat.
Perkara itu dikongsikan isterinya, pelakon Ayda Jebat menerusi Instagram, hari ini.
Menurut Ayda, mereka secara kebetulan berada di hospital membawa anak, Ana Nayla yang menjalani pemeriksaan mata.
“Semalam, Nabil tersalah makan ubat. Rupanya, dia alah dengan ubat itu. Nak bawa Ana Nayla buat pemeriksaan mata yang tiba-tiba berair, akhirnya Dada (bapa) dia lagi teruk.
“Mata tak boleh buka dan sampai susah nak bernafas. Pergi kecemasan terus, nasib baik kami memang di hospital!” tulisnya.
Ayda turut memuat naik gambar serta video yang menunjukkan wajah suaminya yang membengkak selain sedang menggunakan alat bantuan pernafasan.
Pelantun lagu Pencuri Hati itu turut mengingatkan orang ramai supaya jangan ambil ringan terhadap sesuatu alahan yang boleh membahayakan nyawa.
Selebriti berusia 31 tahun itu juga meminta pengikut laman sosialnya mendoakan Nabil agar sembuh dengan segera.
“Penting untuk tahu ubat atau makanan apa yang kita alah! Jangan buat main! Ada yang cadangkan supaya buat ujian alahan. Nanti kami cuba.
“Doakan dia cepat baik. Terima kasih semua. Kalau kalian dah tahu, kalian alah kepada apa, elakkanlah walaupun kawan kalian atau sesiapa cakap, ‘ala, makan sikit saja, bukan mati pun’.
“Tolong faham alahan ini hakikatnya bahaya,” ujarnya lagi. –
Sumber MP.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.