NAMA pelakon dan pengacara Irma Hasmie menjadi bualan ramai susulan satu perkongsian di Instagram miliknya yang seakan-akan memberi bayangan mengenai isu rumah tangga.
Dalam perkongsian tersebut, Irma memuat naik pesanan kepada seorang suami mengingatkan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh isteri dalam sesebuah perkahwinan.
“Jangan ajari seseorang isteri sabar kerana dia pernah, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah,” kongsinya.
Perkongsian Irma Hasmie jadi bualan netizen.
Irma bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas maksud perkongsiannya itu.
Malah, dalam muat naik terbaharu, Irma turut berkongsi amalan doa perlindungan diri dan meminta orang ramai turut berdoa bersama-sama.
Sementara itu, tinjauan mStar mendapati pelakon dan pengacara berusia 41 tahun sudah lama tidak berkongsi foto bersama suami iaitu Redza Syah Azmeer.
Dalam pada itu, ramai peminat dan rakan selebriti antaranya Lufya Omar dan Hana Ismail turut menulis kata-kata semangat kepada aktres berkenaan.
Manakala Scha Al Yahya dan Diana Rafar pula meninggalkan emoji hati di perkongsian tersebut.
“Saya sayang awak Irma dan saya faham awak. Bertahan di sana okay.
“Sentiasa istiqamah dan kuat ya. Saya selalu sokong dan sayang awak.
“Apa saja ujian lalui kerana Allah, istiqamah wahai muslimah sejati,” antara komen rakan selebriti.
Irma lebih banyak kongsi gambar bersama anak-anak.
mStar sedang berusaha mendapatkan komen pasangan ini berhubung perkongsian berkenaan.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.