Rahsia Besar Disebalik Filem Tiga Abdul Karya P. Ramlee Yang Berjaya ‘Dipecahkan’ Oleh Ahli Fikir Buat Ramai Terkejut!

P. Ramlee merupakan seorang karyawan terkenal yang genius dan sering menerapkan pelbagai mesej samada tersurat mahupun tersirat menerusi karya-karyanya yang agung.

Asal usul kisah Tiga Abdul yang dikatakan “Cerita Dongeng orang tua-tua” sebenarnya memiliki rahsia di dalam setiap watak dan jalan ceritanya. Disebalik penceritaan dan mainan watak-watak putih dan Hitam, kesemuanya mengandungi peranan dan pengajaran yang harus dicungkil dan diteliti akan maksudnya.

Penceritaan kisah Tiga Abdul sebenarnya mengimbas kembali kekhalifahan Turki Uthmaniyah yang pernah menaungi umat islam sebelum dunia islam dijajah. Allahyarham Tan Sri P.Ramle telah berjaya membuat Filem Tasawuf yang dikiaskan dengan dijenakakan agar masyarakat akan sentiasa mengingati setiap kata-kata dan jalan ceritanya.

'Mesej Rahsia' Yang Cuba Disampaikan P. Ramlee Menerusi Karyanya, Tiga Abdul

Kisah “cerita dongeng orang tua-tua” ini sebenarnya memiliki rahsia di dalam rahsia. Kisah Tiga Abdul adalah sebuah kiasan kepada Turki Besar dan Turki Kecil. Pencerita kisah Tiga Abdul dari “cerita dongeng orang tua-tua” ialah Allahyarham S.Samsudin Al-Haj.

Ianya sengaja dikiaskan demi melindungi peranan Turki Kecil pada masa akan datang. Walaupun Rahsia ini dibuka untuk Umat Islam, akan tetapi tetap menjadi Rahsia dalam Rahsia walaupun sudah Tersurat.

WATAK-WATAK UTAMA DI DALAM FILEM TIGA ABDUL

Rahsia Disebalik Filem Tiga Abdul, Karya P. Ramlee Yang Berjaya 'Dipecahkan' Oleh Ahli Fikir

1) Ismet Ulam Raja

Merupakan Turki Tua yang mewarisi Tahkta dan Harta daripada Turki Besar.
Seorang yang tinggi Pendirian, Perahsia dan Perancang yang hebat.

2) Abdul Wahab dan Abdul Wahib

Mereka berdua memegang watak Turki Muda. Abdul Wahab dikenali seorang yang tidak bertimbang rasa. Abdul Wahib dikisahkan seorang yang Tamakkan harta.

3) Abdul Wahub

Memainkan peranan sebagai Turki Kecil. Seorang yang cerdik dan bijaksana seperti Turki Tua. Tegas berprinsip dan teguh jati diri serta tinggi maruah diri.

4) Tuan Saddiq Sigaraga

Memegang watak mengkhianati Amanah Turki Besar dengan bekerjasama bersama seorang munafik. Seorang yang licik dalam merampas harta.

5) Tuan Penasihat Kasim Patalur

Memainkan watak Tuan penasihat yang bijaksana untuk Tuan Saddiq Sigaraga. Penasihat yang jelas akan kejahatan dan tipu daya demi mendapatkan imbuhan komisen. Merupakan agen-agen Yahudi yang berselindung di dalam negara Turki Besar.

PENJELASAN DIALOG TURKI BESAR DAN TURKI KECIL DALAM FILEM TIGA ABDUL. 

TURKI BESAR

Apakah yang dimaksudkan dengan Turki Besar? Turki Besar ialah Pemegang Amanah Tahkta Kekhalifahan Daulah Empayar Turki Uthmaniyah yang memimpin dan menaungi dunia islam pada masa itu. Menjelang kejatuhan Turki Uthmaniyah, Turki Besar terpecah kepada dua golongan yang berpengaruh iaitu “Turki Tua” dan “Turki Muda”.

Turki Tua adalah sebuah golongan yang berpegang teguh kepada Islam dan budaya Asal yang tidak tercemar oleh pemikiran barat. Turki Tua adalah orang yang berpengalaman dan berstrategi serta perahsia. kebanyakan mereka adalah orang-orang dewasa turki dan sebilangan orang-orang muda turki yang tidak tercemar dengan budaya pengaruh baru Turki Muda.

Turki Muda pula merupakan sebuah generasi baru sekular yang penuh berkepentingan diri / cinta dunia, dibentuk oleh agen-agen yahudi dalam meracuni minda masyarakat terutama golongan muda. Turki Muda merampas kuasa daripada Turki Tua pada tahun 1908, pada masa itu Turki Uthmaniyah semakin melemah kerana pengaruh Turki Muda telah mencorak suasana dan pengaruh baru masyarakat Daulah Turki Uthmaniyah (Ke arah huru-hara dan penghancuran Kekhalifahan Turki Uthmaniyah).

Apakah maksud Turki Kecil? Turki Kecil adalah Duta khas Turki Uthmaniyah di Nusantara yang merupakan Tanah Naungan Turki Uthmaniyah. Turki Kecil menghubungkan diri kepada Turki Besar dan mewarisi Tahkta Kekhalifahan selepas Turki Besar jatuh. Ketika diambang kejatuhan Turki Besar, Turki kecil berpendirian menyokong Turki Tua dan menyelar tindakan Turki Muda serta tidak sama sekali bersetuju dengan perampasan kuasa juga pengaruh Turki Muda. Semenjak dari itu, Turki Kecil “dianak tirikan” oleh saudara mereka sendiri iaitu Turki Muda, lantas terputuslah perhubungan saudara bersama Turki Muda.

Turki Tua pula tidak dapat membantu menyelamatkan keadaan kemuncak ini kerana sudah hilang kuasa serta pengaruh dalam kepimpinan Tahkta Kekhalifahan Turki Besar. Turki Kecil adalah sangat berpegang teguh dengan Kekhalifahan Islam, sehinggakan sanggup berjuang dan Bermujahadah untuk memastikan generasi baru Turki kecil tidak kehilangan kempimpinan Turki Kecil walaupun terpaksa bersendirian kerana Turki Besar sudah jatuh hasil pergelutan pergolakan Turki Tua dan Turki Muda.

CIRI-CIRI DAN PERANAN TURKI KECIL

Rahsia Disebalik Filem Tiga Abdul, Karya P. Ramlee Yang Berjaya 'Dipecahkan' Oleh Ahli Fikir

Turki kecil sentiasa dipandu Allah dengan Ilham dan Rasa Hati dalam setiap gerak kerjanya agar tidak terputus dengan Kekhalifahan Islam di akhir zaman. Turki Kecil memiliki ramai “Khadam / Pembantu / pengurus pembendaharaan” untuk menjaga “Rumah Khalifah” serta melindungi segala rahsia-rahsia besar akhir zaman daripada yahudi dan munafik.

Selepas kejatuhan Turki Besar, Seluruh dunia Islam seperti “Anak-anak kehilangan Ibu dan Bapa” dan hidup seperti Anak-anak yatim yang tidak terbela dan menderita oleh Penjajahan Yahudi di seluruh Dunia Islam. Islam dagang yatim piatu.

“Tolong kami, Bantu Kami, Anak-Anak Yatim Piatu”

Kelak akan sampai masanya, Turki Kecil membantu Turki Besar yang jatuh kerana Muflis (Maruah Turki Uthmaniyah dirobek-robek musuh Islam), Turki Kecil akan menggunakan kecerdikan dan kebijaksanaannya dalam melepasi perangkap yahudi yang semestinya tidak senang akan kehadiran Turki Kecil di dunia selepas kejatuhan Turki besar.

Turki Kecil akan membantu Turki Besar dengan membawa balik Roh dan Tahkta Kekhalifahan Turki Uthmaniyah, Turki Kecil bakal memiliki ibu pejabat baru Kekhalifahan Islam iaitu “Madinah kedua” di Nusantara.

Sehingga ke hari ini, Turki Kecil tetap wujud dan berkuasa, kekhalifahan Islam terus berjalan melalui Raja-Raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu di nusantara. Raja-Raja Melayu yang memakai gelaran “Al-Sultan” adalah wakil-wakil Besar Turki Kecil di Nusantara, melalui Kepimpinan mereka Islam diselaraskan diseragamkan di Nusantara yang kesemuanya berjalan di atas bantuan Allah s.w.t untuk memenangkan Islam di Ufuk Timur.

PENJELASAN RAHSIA DI SEBALIK BABAK CERITA “TIGA ABDUL”

Rahsia Disebalik Filem Tiga Abdul, Karya P. Ramlee Yang Berjaya 'Dipecahkan' Oleh Ahli Fikir

1) DIKTATOR V.S DEMOKRASI

Pergelutan Turki Muda dalam merebut merampas kekuasaan dan pengaruh (Merebut harta). Turki Muda merampas kuasa didahului dengan cara “Demokrasi” iaitu berlemah lembut sebelum secara “Diktator” melalui kekerasan terhadap tampuk pemerintahan Turki Besar.

2) MARAH KENA JUAL – DIISYTIHARKAN MUFLIS

Golongan Turki Muda tidak terlepas daripada ditipu oleh yahudi, selepas berjaya membuat pemaksaan budaya kebangsaan yang menular dalam negara, akibatnya seluruh Dunia islam tidak lagi mempercayai kepimpinan Turki Muda yang rosak lagi merosakkan, Maka lemahlah Turki Uthmaniyah serta Jatuh dari dalam angkara Yahudi dan Turki Muda.

Turki Muda diisytiharkan Muflis – “Jatuh setandan” setelah kalah pada perang dunia pertama (Perang dunia pertama adalah rekaan yahudi untuk menamatkan penguasaan Turki Uthmaniyah terhadap dunia islam) dan merupakan perang olok-olok daripada Turki Muda yang bersandiwara merebut habuan dusta lantas dijual maruahnya oleh yahudi selepas tamat perang dunia pertama.

3) TURKI KECIL KAYA – ABDUL WAHUB KAYA RAYA

Selepas Turki Besar Jatuh, Turki kecil bersedih hati, Allah s.w.t memberikan Ilham khabar gembira dengan penuh strategi untuk membantu Turki Besar – Dunia Islam. Dengan pertolongan besar ini, Turki Kecil merancang strategi membantu Turki Besar dengan kecerdikan dan kebijaksanaanya.

4) ABDUL WAHUB MENEBUS KEMBALI ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHIB

“Akan sampai masanya Turki Kecil Membantu Turki Besar”

Pesanan daripada Sayidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhami adalah bertepatan dengan peranan Turki Kecil menebus kembali maruah Islam dengan menyelamatkan Islam daripada belenggu Yahudi.

Turki Kecil membantu Turki Besar dengan kiasan menebus kembali dengan Mahar yang tinggi, itulah simbolik perjuangan dan mujahadah yang ditanggung Turki Kecil untuk membebaskan Islam.

Hakikat sebenar watak Saudagar Husein Lampoyan adalah kiasan sejarah “Syarif Husein” seorang Penguasa penjaga Tanah Hijjaz (Harmain-Mekkah dan Madinah) yang membelot termakan janji British agar mengadakan kebangkitan nasionalis Arab untuk menentang Turki Uthmaniyah dengan mengadakan perhubungan sulit dengan British (yahudi) untuk berkuasa di Tanah Hijjaz dengan menghantar anaknya Putera Faisal dan Abdullah untuk membantu British melemahkan Turki Uthmaniyah.

Beliau menuntut British agar memerdekakan Tanah Hijjaz akan tetapi kesudahannya beliau ditipu diberikan tanah di Jordan dan British menyerahkan Tanah Hijjaz kepada Keluarga Saud iaitu Wahabi berketurunan Arab – Yahudi yang telah menjadi negara Arab Saudi sekarang.

PERJANJIAN DAMAI HARTA PUSAKA

Rahsia Disebalik Filem Tiga Abdul, Karya P. Ramlee Yang Berjaya 'Dipecahkan' Oleh Ahli Fikir

Perjanjian damai antara Turki Kecil dengan Turki Muda, permulaanya terdapat bantahan kecil, diselesaikan secara keras oleh Turki Kecil dengan bijaksana selaku Tuan Besar / Tuan Rumah. Seterusnya berlaku Perjanjian saksama Turki Kecil dengan Wakil Turki Tua yang kembali kepangkal jalan.

Turki Tua dan Turki Muda sempat merasa menjadi hamba (Ditindas musuh islam) dan sudah insaf akan pentingnya perpaduan serta keharmonian dalam hubungan persaudaraan.

Turki Kecil berjaya menundukkan Ego dan Sombong Turki Muda, ilmu hikmah mula dirasai dihargai.

Perjanjian ini adalah satu simbolik kesepakatan dan keselarasan Umat Islam, agar bersatu padu dan tidak berpecah belah lagi. Tanah Turki Kecil bakal berlaku Persidangan Perjanjian damai ini dengan seluruh wakil Umat Islam agar bersatu di bawah satu payung Kekhalifahan akhir zaman.

“Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur”

KESIMPULAN

Sangat banyak sekali Perkara tersurat dan tersirat yang perlu kita sama-sama fikirkan renungkan di dalam kisah “Tiga Abdul” ini. Sebenarnya “filem jenaka” ini mentertawakan Umat Islam sendiri apabila Umat Islam tidak bersatu hati atas segala kesulitan yang melanda.

Pentingnya Sebuah perpaduan dan keharmonian, juga penting dalam berwaspada membezakan Kawan dan Lawan, Serta pengajarannya adalah para pembelot dan munafik selalunya akan menerima balasan setimpal di dunia lagi. Pengajaran dari pergelutan Tahkta dan kuasa akhirnya menjadikan umat islam seperti “Yang Menang menjadi Arang, Yang Kalah Menjadi Abu” serta “Menang sorak kampung tergadai”.

Selepas ini adalah giliran Turki Kecil Menjadi “Tuan Besar” kekhalifahan Islam, ianya adalah bertepatan dengan Janji Baginda s.a.w bahawa Islam akan bangkit di sebelah timur. Turki Kecil akan membela Turki besar dan Dunia Islam keseluruhannya dengan kedatangan pemimpin umat Islam yang sangat ditunggu-tunggu untuk memandu dan mengepalai Islam keseluruhannya daripada Turki Kecil.

Turki kecil adalah Warisan Turki Besar yang berpegang teguh menjaga “Rumah Khalifah” iaitu “Amanah Kekhalifahan Islam” agar bersambung kepada “Khulafa Akhirul Zaman” ketika “Era Daulah Islam” di akhir zaman ini.

Tonton cerita 3 Abdul berwarna di bawah.

Sumber: Berg AsSyabb

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply