Baju Tanpa Lengan Undang Kecaman, Sekali Netizen ‘Sekolahkan’ Diana Danielle Tentang Tempoh Edah!

PERKONGSIAN terbaharu pelakon Diana Danielle di Instagram miliknya pada Selasa mengundang kecaman banyak pihak kerana dikatakan tidak menghormati tempoh edah yang sedang dijalani selepas sah bercerai dengan Farid Kamil pada 10 Ogos lalu.

Pengikut mempersoalkan tindakan Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, yang dilihat keluar rumah selain mempersoalkan cara pemakaiannnya yang tampil dengan gaun tanpa lengan.

Netizen menganggap Diana tidak sepatutnya berpakaian sedemikian apatah lagi keluar ke tempat awam tanpa tujuan tertentu dalam tempoh edah.

diana danielle 2

Netizen turut berkongsi nasihat buat Diana.

“Jangan ambil mudah tentang tempoh edah. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

“Orang perempuan (selepas bercerai) kena jaga tempoh edah. Akhir zaman, wanita tak rasa malu lagi bila diceraikan.

“Kalau tengok gambar sampai habis pun memang tidak menjaga edah. Tak kisah dia nak keluar dengan rakan sekali pun, keluar berhias sudah salah,” komen netizen.

Reaksi netizen itu diberikan dalam gambar yang dimuat naik oleh Diana di laman Instagarm miliknya pada Selasa.

Pada ruangan kapsyen Diana juga mengundang tanda tanya ramai apabila seolah-olah memberi gambaran sedang keluar berpacaran sedangkan dia bersama rakan-rakan wanita.

Foto Diana yang dilihat sedang cuba memaut tangan seseorang juga dikatakan hanya berseloroh dan ia sebenarnya milik salah seorang rakan wanitanya.

diana danielle 3

Farid dan Diana sah bercerai talak satu pada 10 Ogos.

Sementara itu, ada juga yang turut berkongsi nasihat dan pandangan seseorang wanita itu dibenarkan untuk keluar mencari rezeki walau dalam tempoh edah.

Bagaimanapun tidak kurang juga mempersoalkan adakah Diana telah mendapat izin Farid untuk keluar rumah.

Pada 10 Ogos lalu Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, melefazkan cerai talak satu terhadap dia secara atas talian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply