PELAWAK dan pelakon Ali Puteh mengambil pendekatan mendiamkan diri susulan kenyataan bekas kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Mohd Ali yang mendakwa dia masih belum membayar hutang sebanyak RM76,000 selepas kalah dalam kes saman fitnah tahun lalu.
Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata, dia memilih untuk tidak mengulas kerana mahu bersikap matang selain memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan sambal yang sedang diusahakan ketika ini.
“Saya okay saja, jangan risau. Kita bertindak matang kali ini. Tak ada nak keluar kenyataan, tak mahu layan… Saya nak fokus berniaga.
“Biarlah orang berkata-kata. Kalau orang penat dia berhenti… Kita berniaga, kita teruskan.
Hidayah mendedahkan di Instagram miliknya Ali masih belum membayar RM76,000.
“Bila dapat tahu (kenyataan Hidayah) banyak media hubungi saya. Cuma saya tak nak layan… Kalau layan jadi masalah. Saya ambil tindakan bijak, masak sambal macam biasa,” katanya.
Ali berkongsi perkara itu ketika muncul dalam video siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Rabu.
Semasa siaran langsung, Ali menerima pelbagai pertanyaan tentang keadaanya selepas kenyataan yang dikeluarkan balu Allahyarham pelawak Abam itu.
Dalam pada itu, Ali sedar wujud sesetengah pihak yang tidak senang melihat kejayaannya ketika ini.
Ali bagaimanapun memilih untuk tidak melayan semua perkara yang boleh menyebabkan perniagaannya jatuh.
“Biasalah… saya tengah seronok berniaga, mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ini, tak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita. Jadi, jangan layan.
“Dah masuk tiga tahun, benda kecil macam ini tak akan tak boleh urus. Yang saya tahu… teruskan berniaga macam biasa,” luahnya.
Hidayah menang saman fitnah pada tahun lalu.
Pada Selasa, Hidayah mendedahkan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada bekas adik iparnya itu dan mengingatkan Ali untuk berbuat demikian.
Hidayah tampil membuat kenyataan tersebut selepas terbaca laporan sebuah portal berita tentang perniagaan diusahakan Ali ketika ini mendapat sambutan ramai.
Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat olehnya di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun lalu memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.