IDENTITI penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, dikenal pasti sebagai Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang berasal dari Sidam, Kedah.
Menurut sepupu mangsa, Nurul Nazihah, Allahyarham yang juga lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhijrah ke ibu kota dan kini bekerja sebagai rider penghantar makanan.
Bercakap kepada mStar, Nazihah berkata dia menonton rakaman tular memaparkan rider itu rentung terbakar, namun tidak menyangka mangsa merupakan ahli keluarga sendiri.
“Pukul 4 petang tadi saya ada tonton video nahas pesawat. Saya tengok video rider terbakar. Memang sedih… saya kata pada diri, kenapa la dia lalu masa kejadian. Kesian tengok terbakar atas jalan.
“Lepas Maghrib baru tahu mangsa sepupu saya. Polis ke rumah ibunya, sekarang ibunya dalam perjalanan ke ibu negara. Sampai sekarang saya tak berani nak call ibunya. Takut dia tak boleh nak bercakap,” ujarnya.
Menurut Nazihah, mangsa yang berusia 30-an merupakan anak sulung daripada lima beradik dan sepatutnya pulang ke kampung halaman bagi menghadiri kenduri keluarganya minggu depan.
“Dia dah lama kerja di Kuala Lumpur. Dia kerja rider. Dah habis belajar dalam tahun 2017. Memang rapat, baru saja jumpa di kampung masa raya Qurban. Saya duduk Kulim, ibu arwah di Sidam. Kampung kami pula di Baling.
“Minggu depan kenduri kahwin adik dia. Sepatutnya dia balik minggu depan. Memang sedihlah. Masa raya tu kali terakhir jumpa. Dia jenis soft spoken, sembang tak merapu.
“Minta tolong semua doakan yang baik-baik, diampunkan dosanya, dan dikurniakan syurga buatnya,” ujar Nazihah lagi.
Arwah Hafiz atau Apit (kanan) bersama rakan-rakannya.
Terdahulu, mStar melaporkan 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.
Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.