Zainal Abidin Akhirnya Perjelas Sama Ada Sudah Cerai Ke Belum, Jelas Kenapa Berjumpa Fyna Jebat!

STATUS perkahwinan penyanyi Fyna Jebat dan Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya terjawab apabila bekas jurulatih bola sepak kebangsaan itu mengesahkan mereka sudah sah bercerai.

Menjelaskan hal tersebut, Zainal, 62, memberitahu mereka berpisah secara baik namun tidak mendedahkan tarikh sebenar mereka bercerai.

“Kami sudah berpisah secara damai,” katanya.

Zainal menjawab perkara tersebut ketika muncul sebagai tetamu dalam rancangan Nindia Bola menerusi saluran Astro Arena pada malam Isnin.

2240721

Zainal dan Fyna membuat kejutan apabila mengaku sudah berkahwin.

Dalam pada itu, Zainal mengakui foto tular memperlihatkan seorang lelaki dan wanita mirip dirinya dan Fyna sedang makan di sebuah restoran adalah diri mereka.

Jelasnya, mereka bertemu bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit.

“Iya, itu memang saya. Saya jumpa bekas isteri kedua. Pergi makan berjuma ada benda nak selesaikan beberapa masalah,” ujarnya menjawab soalan pengacara program tersebut, Hafizal Hamad.

Sementara itu, Zainal berkata, dia menganggap perhatian orang ramai tentang kehidupan peribadinya sebagai perkara biasa memandangkan dia dan Fyna mempunyai kelompok peminat tersendiri.

“Itu biasalah,” katanya.

Sebelum ini, penularan video Fyna dan Zainal menimbulkan tanda tanya ramai tentang status sebenar hubungan mereka sama ada masih bersama atau sudah berpisah.

2240719

Timbul khabar angin pasangan ini sudah bercerai.

Ketika dihubungi mStar, Zainal secara ringkas menjawab dia belum menonton video tersebut lalu mematikan panggilan telefon.

Awal Januari lalu, Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30, membuat pendedahan dia sudah bergelar isteri kedua kepada Zainal namun tidak menjelaskan butiran perkahwinan mereka.

Bagaimanapun baru-baru ini timbul pula cerita kononnya hubungan mereka sudah berakhir.

Fyna mengambil langkah mengunci mulut dan tidak memberi sebarang respon selepas dikhabarkan sudah bercerai.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply