HARI bahagia bertukar duka.
Seorang wanita dikenali sebagai Apat meluahkan rasa malu dan kecewa apabila majlis perkahwinannya pada Mei lalu terganggu dengan serangan lalat.
Meskipun sudah lima bulan majlis berlangsung, Apat baru sahaja berkongsi tentang perkara itu menerusi TikTok dua hari lalu sehingga dia meraih perhatian ramai.
Di sebalik senyuman terukir, tersembunyi rasa sedih dalam hati pengantin.
Menurut Apat, dia percaya bahawa serangan lalat itu berpunca daripada sebuah ladang penternakan ayam yang beroperasi berdekatan kediamannya.
“Pelamin kami berada di depan kawasan penternakan ayam. Hanya berjarak kurang tiga meter saja. Kami sebenarnya sudah minta izin sejak Januari lalu dan pernikahan kami pada bulan Mei.
“Rencana pernikahan kami tersebar sejak tujuh bulan lepas. Sebenarnya sudah beberapa bulan penternakan ini kosong. Namun entah kenapa, ia mula beroperasi lagi beberapa hari sebelum majlis resepsi,” luah wanita itu.
Bukan keindahan yang terlihat, tetapi lalat hingga memenuhi bunga di pelamin.
APAT
Menurut Apat, dia sebagai tuan rumah telah mencuba pelbagai kaedah untuk mengawal situasi itu, namun gagal kerana jumlah lalat yang terlalu banyak.
“Malam sebelum majlis saya dah gelisah, takut dan kecewa. Saya dan keluarga tertanya-tanya, bagaimana majlis esoknya? Kami mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan ubat lalat.
“Habis beberapa botol penyembur serangga tapi tak berkesan kerana jumlahnya yang banyak. Mungkin ratusan ribu jumlahnya.
“Bukan keindahan yang terlihat, tetapi lalat hinggap memenuhi bunga di pelamin. Sepatutnya momen yang diabadikan ini paling berharga untuk dikenang.
“Tapi jujur sedikit jijik melihatnya (foto). Hasil foto walaupun guna kamera jenis apa pun tidak mampu menghilangkan lalat yang hinggap di bunga-bunga pelamin,” kata Apat lagi.
Menurut Apat, dia juga sedih apabila serangan lalat yang tidak diduga itu menjadi topik perbualan segelintir tetamu.
Paling mengecewakan, ada tetamu enggan makan di majlis itu kerana risau dengan aspek kebersihan juadah yang dihidangkan.
Lalat turut hinggap di kepala ahli keluarga pengantin.
“Jujur kami malu. Mungkin ramai orang beranggapan kami menghidangkan bangkai kerana semuanya dihinggapi lalat. Bahkan ramai juga yang mungkin enggan makan ketika hadir pernikahan kami.
“Tidak cukup di situ, saya mendengar banyak kata-kata orang yang menyakitkan hati. Ada orang cakap tak berselera makan sebab nampak lalat, tak berani makan sebab takut tertukar dengan lalat dan takut sakit perut,” ceritanya lagi.
Menurut Apat, dia tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak, namun sekadar berkongsi luahan hati menerusi video di TikTok yang meraih lebih 3.8 juta tontonan.
“Saya tidak bermaksud menyalahkan satu pihak, tapi dengan perkongsian ini, setidaknya saya harap dapat lebih iklhas dengan semua yang terjadi beberapa bulan yang lalu.
Serangan lalat yang merosakkan hari bahagia pasangan itu.
“Sedangkan saya yang banyak rugi. Untuk mengadakan kenduri ini, orang tua saya juga berusaha keras mengumpul wang. Tapi pada akhirnya, semua nampak mengecewakan.
“Selepas ini, saya yakin saya boleh ikhlas menerima atas semuanya. Setelah rasa sabar selama ini saya pendam, semoga kesabaran ini menjadi ikhlas yang sangat luas,” kata Apat lagi.
Video kejadian di Indonesia itu turut tersebar dan tular dalam kalangan pelayar TikTok warga Malaysia.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap pasangan itu dan berharap mereka sabar dengan apa yang berlaku.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.