Mak mentua mulut lancang, isteri baru faham kenapa suami buang keluarga sendiri! Rupanya ini mertua dah buat!

PERKAHWINAN bukan sekadar ikatan antara dua jiwa, sebaliknya ia menyatukan dua buah keluarga.

Namun, kita sering mendengar kisah kurang enak tentang hubungan menantu dengan mentua yang berantakan kerana isu tertentu.

Terbaharu, seorang wanita membuat luahan tentang perangai ibu mentua yang didakwa gemar masuk campur urusan rumah tangganya.

553 (1)

Wanita yang dilayan teruk oleh ibu mentua pastinya akan berasa tertekan. -Gambar hiasan

Paling menyakitkan hati, wanita itu berkata ibu mentuanya juga bermulut lancang dan gemar menyebarkan cerita tidak betul tentang dirinya.

“Penat wei dengan drama mak suami saya ni. Tak habis-habis jaja cerita sana-sini, beritahu semua orang betapa jahatnya saya, betapa kejinya saya.

“Suami saya buang keluarga dia sebab jenis suka masuk campur urusan rumah tangga kami. Semua benda mak dia dengan adik-beradik dia nak tentukan pasal hidup kami.

Mak dia tak puas hati siap cakap kalau nak balik kena bawak saya sekali suruh melutut mintak maaf kat mereka semua.

PENGADU

“Kalau boleh satu taman, satu kampung mereka nak cerita betapa jahatnya saya,” ujar wanita itu menerusi perkongsian tanpa mendedahkan identiti di Twitter.

Menurut wanita itu lagi, dia kurang senang apabila perihal kerjayanya turut disentuh oleh keluarga mentua.

Malah, tindakan wanita itu yang keluar dari rumah mentuanya turut memburukkan lagi persengketaan antara mereka.

“Saya punya kerja dia menyampuk (ganggu), rumah kami pun mereka sibuk kata membazir sewa rumah, baik duduk dengan mereka je.

“Saya memang bantah tak mahu duduk dengan mereka. Lepas tu, adik-beradik suami saya WhatsApp maki-maki dan hina keluarga saya.

“Sama juga mak dia WhatsApp bukan-bukan. Banyak benda mengarut mereka buat,” dakwa pengadu lagi.

Wanita itu turut mengimbas kejadian ketika Hari Raya yang mana dia disuruh pulang dan melutut untuk meminta maaf dengan keluarga suaminya.

“Waktu suami saya nak balik waktu raya, mak dia tak puas hati siap cakap kalau nak balik kena bawa saya sekali suruh melutut mintak maaf kat mereka semua.

file7kxhchsfbew108psa9q9

Ibu bapa mentua sepatutnya dilayan seperti keluarga kandung kita. -Gambar hiasan

“Memang gila wei cara mereka. Patutlah suami saya buat keputusan untuk jauh daripada keluarga dia,” ceritanya lagi.

Dedah wanita itu lagi, persengketaan antara mereka berpunca kerana dia enggan bekerja dengan keluarga suaminya.

“Saya tak pernah buka aib mereka dekat sesiapa. Tapi sumpah saya rimas. Dia duduk cakap saya bawa lari anak lelaki dia. Gila ke apa saya nak bawa lari anak lelaki dia?

“Adik-beradik dia sama naik perangai. Syok cakap saya perempuan jalang sebab tak nak ikut keluarga dia kerja. Siapa je nak kerja dengan toksik macam tu,'” cerita pengadu lagi.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply