Lama Menyepi, Tak Sangka Begini Keadaan Bekas Isteri Datuk Sri Eizlan Yusof, Datin Vie Shantie Khan

Diam-diam ubi berisi! Selama ini ramai yang mengenali Vie Shantie Khan sebagai usahawan muslimah menerusi jenama miliknya, VHijrah. Namun di sebalik kejayaannya mengembangkan empayar busana muslimah, mungkin ramai yang tidak mengetahui Vie Shantie juga seorang usahawan arang batu berjaya!

Lebih mengagumkan, dia sudah mengusahakan bisnes tersebut kira-kira 10 tahun yang lalu, ketika dia mengandungkan anak ketiga, Vie Zaalia yang kini sudah pun mencecah usia 9 tahun.

Terbaharu, ibu kepada empat cahaya mata ini melakar pencapaian luar biasa apabila berjaya mendapatkan kontrak perdagangan arang batu di antara Malaysia, Indonesia, Singapura dan China selama 15 tahun! Bukan calang-calang tu.

Kejayaan tersebut dikongsikan Vie Shantie di platform media sosialnya baru-baru ini. Tidak dinafikan, ramai golongan wanita terinspirasi dengan kemampuan usahawan ini dalam bidang perdagangan arang. Iyalah, bidang tersebut kebiasaannya dimonopoli kaum lelaki.

Hebat, VIE SHANTIE! Usahawan Arang Batu Berjaya, Dapat Kontrak Bisnes 15 Tahun

 

Hebat, VIE SHANTIE! Usahawan Arang Batu Berjaya, Dapat Kontrak Bisnes 15 Tahun

“History in the making. Praise to Allah SWT. 15 years contract in the trading of coal between Malaysia, Indonesia, Singapore and China is signed and sealed. Allahuakbar!”

Ternyata, segala kesenangan yang diraih Vie Shantie hari ini tidak datang bergolek. Dalam salah satu postingnya, dia pernah mendedahkan realiti ketika menceburi bidang berkenaan suatu ketika dulu.

“Sudah 3 hari berturut-turut mendengar ‘briefing’ Fundamental Coal Supply Chain dari TNBF for their coal cargo from pit up to the vessel. Tiba-tiba mata ni berhabuk pula teringat setiap pengorbanan yang tak mengira waktu untuk teruskan business ni di negara orang.

Memang nampak senang tapi hanya Allah saja yang tahu setiap keringat dan titik peluh menjalani setiap waktu bermusafir di tempat orang.

Hebat, VIE SHANTIE! Usahawan Arang Batu Berjaya, Dapat Kontrak Bisnes 15 Tahun

Hebat, VIE SHANTIE! Usahawan Arang Batu Berjaya, Dapat Kontrak Bisnes 15 Tahun

Semoga Allah SWT terus panjangkan usia, sihatkan tubuh badan ini, kuatkan semangat dan semoga Allah memberikan keberkahan dari rezeki ini demi membantu banyak orang yang memerlukan.

Ternyata di kehidupan ini, jika kita bantu permudahkan urusan orang, Allah SWT membalasnya dengan seribu kebaikan yang kita sendiri tidak terfikir dek akal bagaimana semua ini boleh menjadi satu kenyataan. SubhanAllah terima kasih ya Allah.”

Vie Shantie merupakan isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Vie Raissa. Terdahulu, Vie Shantie pernah berkahwin dengan aktor, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mempunyai tiga anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Sumber Nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply