Marissa Akhirnya Bersuara Mengaku, Jelaskan Hubungan Dgn Aslam, Tak Sangka Rupanya!

ANAK kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania akhirnya bersuara susulan kontroversi dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Aslam.

Mengakui kesilapan diri, Marissa Dania Hakim, 18, turut menegaskan tidak semua cerita tentang dirinya yang tular itu adalah benar.

“Saya mengaku salah. Apa yang tular dan dikatakan ada yang benar dan ada juga yang tidak benar. Tidak adil untuk mendengar kenyataan sebelah pihak sahaja.

marissa 2

Marissa berkongsi kenyataan menjelaskan hal sebenar.

“Antara saya dan pihak yang membuatkan cerita viral sudah tiada kaitan. Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah,” katanya menerusi Instagram.

Pada Jumaat, nama Marissa menjadi bualan netizen sehingga trending di aplikasi X.

Ini selepas seorang wanita bernama Misya mendedahkan anak pasangan pelakon itu adalah orang ketiga penyebab rumah tangganya bersama Aslam musnah.

Dalam pada itu, Marissa memberitahu hubungannya dengan lelaki berkenaan sudah berakhir.

Malah dia turut menafikan dakwaan pernah keluar bersama bagi meraikan perceraian Aslam bersama bekas isteri.

“Antara saya dan Aslam, mungkin ramai yang membuat andaian terhadap kami. Tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja tahu daripada mula sehingga ianya berakhir.

Biar saya yang bersihkan kesilapan saya ini, bukannya ibu bapa saya

MARISSA DANIA HAKIM

“Saya ingin beritahu, saya dan Aslam tidak pernah raikan apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis,” ujarnya.

Dalam masa sama, Marissa turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah membuat andaian sehingga perkara tersebut boleh menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

“Saya tidak boleh menutup mulut orang. Jadi jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain.

marissa 1

Marissa menjelaskan hubungan dengan Aslam.

“Ibu bapa saya sudah memberikan yang terbaik dan semua berlaku ini atas pilihan saya sendiri.

“Biar saya yang bersihkan kesilapan saya ini, bukannya ibu bapa saya,” jelasnya.

Selain pendedahan sebagai pengganggu rumah tangga, Misya menerusi akaun X miliknya turut mendakwa Marissa dan Aslam pernah menginap di sebuah hotel bersama dan perkara itu diketahui melalui notifikasi tempahan di emel.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply