Akhirnya Caprice Dan Mondy Tattoo Dipanggil Pihak Polis, Ini Yang Terjadi Rupanya!

POLIS akan memanggil penyanyi rap Caprice dan pempengaruh dari Indonesia iaitu Mondy Tattoo bagi membantu siasatan berhubung laporan dakwaan fitnah terhadap pendakwah Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, pihaknya juga telah menerima arahan lanjut untuk menyiasat kes tersebut.

Polis turut mengesahkan satu laporan telah dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada pagi Isnin.

Ebit Lew

Ebit buat laporan polis selepas pulang dari Jeddah.

“Kita sudah merakam keterangan Ebit dan akan merekodkan keterangan daripada Caprice dan wanita Indonesia itu dalam tempoh terdekat.

“Ia adalah prosedur bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.

Sasikala berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan akan disiasat secara menyeluruh kelak,” tambahnya.

Pada Isnin, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung beberapa fitnah yang dilemparkan terhadap pendedahan yang dibuat Mondy menerusi saluran YouTube milik Caprice.

Ebit membuat laporan tersebut sejurus dia pulang daripada Jeddah, Arab Saudi.

Ee

Caprice dan Mondy lakukan podcast bersama.

Polis juga telah mengambil keterangan pendakwah bebas tersebut pada Isnin.

Pada 11 September lalu, Mondy yang merupakan ibu tunggal daripada Indonesia mendakwa Ebit Lew melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Wanita itu berkata demikian menerusi podcast khas yang dikendalikan Caprice.

Mondy merupakan individu yang pernah dibawa oleh Ebit ke Malaysia pada Jun yang lalu.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply