Kuala Lumpur: Tindakan komposer dan penyanyi, Haqiem Rusli, 25, memuat naik gambar isterinya, Anis Sofea, 21, yang bertudung di Instagram menarik perhatian ramai terutama kapsyen ditulisnya yang memohon doakan baik-baik buat mereka.
Selepas sekian lama tidak berkongsi gambar isteri yang ketika ini sudah tidak bertudung di Instagram, Haqiem dilihat lebih banyak membuat perkongsian berkaitan aktiviti karier seni berbanding kehidupan peribadi yang disimpan rapi.
Apa yang pasti, kapsyen ditulis Haqiem nyata menggambarkan perasaannya yang amat menyayangi Anis Sofea, walaupun sedar tindakan isterinya yang membuat keputusan tidak bertudung sejak April lalu dikecam ramai.
ADVERTISING
“Sayang Akem, no matter how much its hurt now (tidak kira betapa sakitnya sekarang).
“Still strong, things will get better” (tetaplah kuat, keadaan akan menjadi lebih baik).
“You were the through ups and down with me” (awak sudah melalui jatuh dan bangun dengan saya).
“We love you, i love you (Kami sayang awak, saya sayang awak).
Doakan untuk kami yang baik-baik saja,” tulisnya berserta emoji hati warna putih.
Susulan hantaran dibuat Haqiem itu, rata-rata netizen menghormati tindakan penyanyi lagu Tergantung Sepi ini dan menitipkan komen-komen positif untuknya agar dia dan isteri terus tabah menghadapi ujian hidup.
“Haqiem suami yang hebat, jangan pernah putus asa dengan ujian yang Allah bagi,” tulis seorang netizen.
“Semoga hubungan Akem dan Sofea dirahmati Allah dan berkekalan sampai ke syurga,” tulis seorang lagi netizen.
Tidak ketinggalan, ibu Haqiem iaitu Nazrah Nordin turut meninggalkan komen berbaur kata-kata semangat buat anak dan menantunya.
“Mak sentiasa doakan yang baik-baik untuk kedua anak mak.. amin.. cantiknya macam ni,” katanya.
Terdahulu, Haqiem pada temubual media sebelum ini pernah berkata, kita ambil mana yang baik dan buang mana yang buruk berhubung keputusan isterinya itu
“Hidayah milik Allah”, katanya ringkas ketika menjawab mengenai tindakan Anis Sofea yang membuka tudung dalam satu program hiburan.
Haqiem dan Anis Sofea bernikah di Masjid Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber Hmetro.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.