PENAMPILAN pelakon Vanidah Imran yang tampil mengenakan hijab pada malam tayangan perdana filem Imam pada Selasa lalu mencuri perhatian apabila penampilannya itu kelihatan anggun dan sopan.
Vanidah, 49, berkata, dia sememangnya menyimpan hasrat untuk menutup aurat sepenuhnya namun merasakan dia perlu benar-benar mempersiapkan diri agar perubahan itu kekal selamanya.
“Doakan yang baik-baik… Untuk saya berhijrah, saya perlu betul-betul pasti sebelum membuat sebarang keputusan.
Vanidah manis mengenakan hijab dalam filem Imam.
“Saya tahu itu (menutup aurat) satu tuntutan dan wajib tetapi saya tidak mahu nanti kalau sudah bertudung tapi jiwa saya meronta dan masih mahu memakai pakaian ketat. Jadi bagi saya belajar terlebih dahulu,” katanya kepada mStar.
Vanidah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Imam di Istana Budaya yang berlangsung Selasa lalu.
Dalam pada itu, Vanidah memberitahu dia juga bimbang hatinya berbolak balik selepas memakai tudung apatah lagi melihat rakan sekeliling yang kembali berubah selepas mengenakan hijab.
Jelas Vanidah, pada tahap ini dia ingin mempelajari apa yang perlu terlebih dahulu sebelum mengenakan hijab sepenuhnya.
Vanidah mahu dekati ilmu agama dahulu.
“Ramai kawan saya yang sudah berhijab pesan kalau sudah tiba masanya nanti, saya akan menutup aurat tanpa berfikir panjang. Bila sudah pakai tudung sudah tidak fikir dan terus lakukan.
“Kalau pakai tapi rasa tak pasti, rasa nak buka itu akan ada. Saya sendiri ada kawan yang sudah 12 tahun memakai tudung tetapi tiba-tiba membukanya, kata dia bukan dirinya.
“Saya takut… sebelum jatuh fitnah, bagi saya buat perlahan-lahan. Buat masa sekarang, saya kuatkan jiwa terlebih dahulu. Saya belajar dulu apa yang tak pasti,” ujarnya.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.