Tumpang gembira tengok rumah tangga Sheera Iskandar. Makin diulit bahagia di samping suami tercinta, perkahwinan yang dibina dua tahun lalu lebih bermakna sejak kehadiran zuriat perempuan sulung iaitu Puteri Long Harissa. MasyaAllah, comel sangat anak Shera.
Memiliki sepasang mata bundar dan hidung mancung, ramai memuji kecomelan anak selebriti ini. Makin membesar sihat dan aktif, bayi perempuan ini genap berusia setahun pada 22 Mei lalu.
Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra selamat melahirkan cahaya mata perempuan tersebut pada usia 37 tahun pada 22 Mei 2022 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Difahamkan, bayi Sheera dan suaminya iaitu Mohd Halim Abdul Gani ini pernah ditahan di wad hospital hampir sebulan atas faktor kesihatan. Namun kini Harissa makin sihat dan manja. Alhamdulillah!
Sejak berkahwin dan bergelar ibu, tidak dinafikan anak kepada pelakon jelita veteran, Aznah Hamid ini kian matang dan makin berseri-seri.
Berkongsi aktiviti terkini dan momen indah bersama keluarga di media sosial, Sheera meluahkan rasa bahagia dan syukur dikurniakan seorang suami yang baik serta anak sebagai penyeri rumah tangga.
“Terima kasih Allah atas bahagia ini,” tulisnya.
Difahamkan Sheera turut dalam perancangan baharu produk kecantikan miliknya iaitu ‘Tomasoap’. Bagaimana pun butiran lanjut mengenai produk berkenaan belum dikongsikan kepada umum.
Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulul, Sheera memberitahu dia kini mementingkan kesihatan diri apatah lagi dengan usia yang kian meningkat.
Dedahnya, dia pernah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari. Hasil pembedahan itu doktor mendapati Sheera turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS.
“Doktor kata faktor penyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut.
Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
Start dari situ, saya jaga pemakanan dan elakkan makanan yang boleh aktifkan cyst tu balik. Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan.
Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting. Sebelum kahwin lagi memang saya dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil.”
Semoga rumah tangga Sheera dan suami sentiasa berada dalam lindunganNya serta berjaya dalam kerjaya yang diceburi.
Sumber Nona.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.