PENGACARA Nadia Annuar mendedahkan perkahwinan keduanya dengan Hafiz Salleh sudah berakhir dengan penceraian.
Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 39, berkata, buat masa ini dia ingin fokus kepada diri sendiri selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.
Malah kata Nadia, ibunya iaitu usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton turut menasihatkannya memberi fokus kepada diri sendiri berbanding mencari pengganti.
“Saya tidak pernah berkongsi tentang perkara ini (penceraian) ini lagi, ya saya single tetapi tidak available.
Nadia mahu fokus pada diri sendiri sebelum mencari pengganti teman hidup.
“Buat masa ini saya mahu berehat daripada bercinta… Ibu saya juga tahu tentang hal ini dan minta saya fokus pada diri sendiri,” katanya menerusi temu bual bersama majalah Nona.
Dalam pada itu, Nadia berkata, fokusnya kini turut diberikan kepada dua cahaya matanya iaitu Mohamed Aaron Erwin dan Dya Naylaa biarpun mereka tidak tinggal bersama.
Tambah pengacara itu lagi, dia cuba menjadi seorang wanita yang kuat demi meneruskan kehidupan.
“Saya juga akan memberikan fokus kepada anak-anak… Saya mempunyai dua cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Walaupun mereka tidak tinggal bersama saya atas sebab-sebab tertentu, tetapi saya cuba untuk sentiasa ada bersama mereka.
“Seperti biasa saya hanya menjalani kehidupan untuk survived walaupun banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya… Saya cuba untuk menjadi kuat,” ujarnya.
Selain diri sendiri, Nadia mahu beri fokus kepada anak-anak.
Untuk rekod, Nadia dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang kini berusia tujuh tahun.
Sebelum itu, Nadia pernah bernikah dengan Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian pada Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Mohamed Aaron Erwin, 14 tahun.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.