MK K-Clique Kongsi Foto Bersama Hajaar, Lain Pula Yang Netizen Perasan?-“Nampak…”

Kehilangan ahli keluarga adalah satu perkara yang sangat menyedihkan dan terpaksa dihadapi oleh setiap individu. Baru-baru ini, ujian menimpa isteri kepada penyanyi rap, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar apabila bapanya, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir akibat strok di sebuah pusat perubatan swasta, di sini, semalam.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan menerusi hantaran di Instagram, dilihat berkongsi beberapa foto dirinya bersama isteri yang berpakaian serba hitam serta menitipkan kata-kata semangat buat Hajaar yang baru sahaja kehilangan bapa kandungnya itu.

“Allah sebaik baiknya perancang. Alhamdulillah di atas segala nikmat dan kurnianNya. Alhamdulillah.”-tulis MK di Instagram

Di ruangan komen, perkongsian MK turut dibanjiri dengan ucapan takziah oleh peminat, malah ada yang perasan dengan keadaan mata isteri penyanyi rap ini yang kelihatan bengkak kerana menangis kesedihan.

“Salam takziah kepada MK dan Siti Hajaar.”

“Nampak mata Hajaar sembab tu.”

“Salam takziah Siti Hajaar. Semoga dikuatkan semangat ahli keluarganya.”

“Nampak bengkak mata. Salam takziah buat Sis Hajaar.”

“Takziah buat Hajaar dan MK sekeluarga.”

“MasyaAllah..Bengkak mata wife. Bertabahlah, setiap yang hidup pasti merasai mati. Awak kuat. Sebab ada suami yang penyayang. Semga Arwah ditempatkan di kalangan para solihin.”

Sekadar info, Allahyarham juga merupakan suami kepada pelakon, Datin Seri Noniswara sejak tujuh tahun yang lalu.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah…

Sumber Murai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply