Dulu Popular Dalam Slot Drama Tanah Air, Tak Sangka Begini Keadaan Pelakon Hebat Ini Sekarang!

Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Mubarak Majid sentiasa percaya untuk diiktiraf menang anugerah tempatan bergantung kepada rezeki tanpa mengira tempoh pembabitan dalam industri seni.

Mubarak, 67, yang menang trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse (MHIFF) 2022 di India tahun lalu berkata masanya belum tiba dapat pengiktirafan tempatan.

Mubarak Majid Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Sumberkini

“Saya pun tak tahulah bagaimana penilaian mereka (penganjur anugerah tempatan). Tak boleh nak kata apalah, perkara ini rezeki kan. Belum sampai lagi. Saya menang yang (di India) itu pun rezeki kan.

“Lagipun ia memang dibawa untuk pertandingan di luar pun kan. Filem itu memang rumit jika dibandingkan dengan filem panjang. Ia tak ditayangkan pun, cuma dipertandingkan. Kalau nak tonton ada di YouTube,” katanya ditemui pada sidang media Seloka Legenda Waris Seni, di sini, hari ini.

Mubarak bagaimanapun bersyukur dia masih sihat memenuhi tuntutan berlakon. Tidak ketinggalan tawaran masih diterima daripada produksi membintangi pelbagai projek terutama drama.

Aktor Senior, Mubarak Majid Raih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse 2022 - Media Hiburan

“Saya memandu sendiri saja, tiada pembantu peribadi. Kadang-kadang isteri menemankan saya ke set penggambaran. Kalau kerja luar negeri pun saya masih lagi okay.

“Masih lagi dapat tawaran. Baru-baru ini dapat tawaran drama Astro. Tapi belum lagi diputuskan macam mana pasal skrip pun belum siap,” katanya.

Pelakon filem Mat Kilau itu juga akan terus menjanjikan persembahan cemerlang dalam lakonan selagi kudratnya masih mengizinkan.

“Nak bertahan ini kena berlakon dengan ikhlas. Maksudnya persiapan untuk menjayakan sesuatu tawaran itu. Untuk menjiwai watak. Ini bidang untuk cari makan, kena jaga. Kalau kata lakonan tak bagus, orang tak panggil nanti,” katanya.

Aktor Senior, Mubarak Majid Raih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse 2022 - Media Hiburan

Mubarak yang juga timbalan pengerusi Persatuan Melodi Kenangan Artis & Penggiat Seni Malaysia (Pemekar) adalah sebahagian daripada penganjur Seloka Legenda Waris Seni.

Acara terbabit bakal berlangsung pada 13 Oktober ini di Hotel Grand Barakah, Ampang, jam 8 malam.

Ia bakal menampilkan artis termasuk Fauziah atau Ogy Ahmad Daud, Yamani Abdillah, Hairie Kool, serta Fairuz dan Dilla Hussien.

Sumber Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply