PANTANG ada tawaran ‘harga runtuh’ atau diskaun, pasti lokasi jualannya akan diserbu orang ramai.
Terkini jualan gudang sebuah jenama pakaian dalam terkenal menjadi sasaran orang ramai khususnya golongan wanita.
Menerusi rakaman video tular di media sosial, pengunjung yang hadir dilihat berebut-rebut mengambil pakaian dalam yang dijual.
Kelihatan gelagat pengunjung mengambil barangan yang dijual pada satu acara jualan gudang.
Bukan itu sahaja, kebanyakan daripada mereka membawa beg bersaiz besar bagi mengisi barang yang diambil.
Berbeza dengan pembelian biasa, pengunjung dilihat terus mengambil setiap helaian yang ada tanpa melihat saiz, jenis mahupun kualiti pakaian dalam berkenaan.
Senario yang berlaku itu menyebabkan kekecohan kerana masing-masing ingin membeli dalam kuantiti yang banyak sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.
Menerusi kapsyen di ruangan video pemilik akaun TikTok yang berkongsi rakaman berkenaan, dia menyatakan ia adalah hari pertama jualan.
Video perkongsian berdurasi 24 saat itu semestinya mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Mana tidaknya, situasi itu berlaku ketika negara sedang berhadapan dengan masalah ekonomi sehingga ramai yang mengeluh tentang kos sara hidup dan kenaikan harga barang.
Ingat rebut beras, rupanya ada lagi teruk daripada nak beli beras.
WARGA MAYA
Menjengah ke ruangan komen, beberapa pelayar menyatakan mereka yang membeli dalam kuantiti yang banyak adalah personal shopper.
“Patutnya buat limit sebab mereka ni mesti jual balik dengan harga yang tinggi.
“Mesti mereka nak jual balik ni. Bagi maksimum seorang 10 helai saja.
Antara reaksi netizen di ruangan komen.
“Saya dapat hanger saja tadi… kalau pergi Sabtu ni, apalah yang akan tinggal?
“Kadang-kadang kalau ada sales macam ni, tak ada personal shopper lagi bagus… yang kemaskan nanti semoga tabah sebab mereka sudah sepahkan,” ujar beberapa warga maya.
Sementara itu tidak kurang juga yang meninggalkan komen sindiran dan berkait dengan isu harga barang keperluan semasa.
“Kalau nak beli beras tiada duit… harga beras mahal sekarang.
“Beras jenama apa ni… makcik dah lupa ke beras mahal sekarang?
“Ingat rebut beras, rupanya ada lagi teruk daripada nak beli beras,” ujar beberapa netizen lagi.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.