
Ubai, suami baru kepada penyanyi Shila Amzah, telah mendedahkan beberapa kisah silam yang pernah dihadapi isterinya.
Dalam hantaran di media sosial baru-baru ini, Ubai mendedahkan bahawa Shila telah bekerja sejak berusia 10 tahun. Dia tidak pernah memegang wang tunai atau kad bank sehingga dia berumur 28 tahun, dan semua hasil kerja kerasnya pergi ke keluarganya.
“Malah dia dikerah untuk bekerja dan setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan.
“Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya. Tiada alasan yang boleh diberikan, kerana keluarganya mendakwa itulah tugas seorang anak sulung dan, jangan jadi anak derhaka,” katanya.
Ubai juga berkata Shila mengalami penderaan mental dan fizikal dalam perkahwinan pertamanya. Dia terpaksa menyara bekas suaminya dan membayar hutang keluarganya yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit.
“Dia berkahwin atas pilihan keluarga. Sepanjang tempoh tiga tahun perkahwinan dia mengalami trauma kerana terpaksa menanggung bekas suami.
“Dia memulakan hidup baru selepas bercerai, namun terpaksa menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Biarpun hutang berjaya dibayar tetapi dia masih menanggung keluarga sehingga ke hari ini secara bersendirian.
“Ramai yang cerca dan hina Shila. Hanya dia saja tahu apa yang dia lalui sepanjang 33 tahun kehidupannya. “Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endah,” katanya lagi.
Dalam perkahwinan keduanya, Shila juga terpaksa menempuh pelbagai cabaran. Dia kehilangan ibu mertua dan kakak ipar beberapa minggu sebelum bertunang, dan kehilangan kakak iparnya sekali lagi beberapa hari sebelum perkahwinan.
“Gagal dalam perkahwinan pertama, dia mulakan kehidupan baru di perkahwinan keduanya. Tapi masih tidak mudah untuk dia lalui.
“Walaupun dikurniakan rezeki mendapat insan dan keluarga baru yang mendengar kisah kehidupannya, tetapi nikmat itu hanya sementara,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.