PERNIKAHAN pasangan pelakon Sabri Yunus dan Angeline Tan pada Sabtu lalu adalah sah mengikut syarak Islam.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pernikahan dengan lafaz ringkas itu adalah sah berdasarkan pendapat jumhur ulama serta mazhab Syafie.
“Kami berpendapat bahawa ucapan balas atau jawab pengantin lelaki ‘Aku terima’ atau ‘Aku reda’ sahaja sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah.
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
“Hal ini kerana dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebenarnya… maka jelas ucapan pengantin lelaki lelaki merujuk kepada perkahwinan,” katanya.
Zulkifli menjelaskan perkara itu sebagai menjawab kekeliruan orang ramai mengenai pernikahan Sabri dan Angeline yang didakwa dengan akad ringkas.
Dalam pada itu, Zulkifli juga berkata, tidak salah sekiranya pengantin lelaki melafazkan akad penuh, ia akan menjadi lafaz sempurna.
Bagaimanapun, dalam konteks Malaysia, hal ehwal yang melibatkan perkahwinan umat Islam berada dibawah pentadbiran Jabatan Agama dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
“Kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redaa nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna.
“Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada jabatan agama Islam masing-masing,” ujarnya.
Sabri dan Angeline bernikah di Perlis.
Pada Sabtu lalu, Sabri mendirikan rumah tangga dengan pelakon Angelina Tan.
Pasangan itu dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kira-kira pukul 10.30 pagi di kediamannya di Perlis.
Pun begitu, pernikahan pasangan tersebut menjadi pendebatan di media sosial apabila terdapat seorang penceramah bebas mendakwa akad nikah mereka berdua tidak sah.
Video,
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.