PERJUANGAN penyanyi Ayai Ilusi terhenti selepas namanya diumumkan peserta tersingkir pada minggu kelima All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad.
Ayai atau Zaharuddin Kamaruddin, 61, hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri profesional menjadikan dia peserta tercorot minggu ini.
Ayai membawakan lagu Pusara di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra gagal menarik hati juri apabila terdapat beberapa kesilapan dalam nyanyiannya.
Menurut ketua juri Datuk Ramli MS, Ayai mempunyai masalah tempo selain tidak mempunyai nafas mencukupi untuk membawakan lagu itu.
Juri tidak berpuas hati dengan persemahan Ayai.
“Tempo dekat depan dua kali hancur… Nafas dekat belakang tercungap. Ada tempat tidak sempurna,” katanya.
Menurut Ayai, masalah tempo itu adalah disebabkan monitor telinga yang tidak berfungsi.
“Ear monitor saya nak jatuh menyebabkan saya terlari tempo,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi Liza Hanim mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 70.50 peratus, diikuti Naqiu (69.75 peratus) dan Jaclyn Victor berada di kedudukan ketiga (69 peratus).
Dalam pada itu, Naqiu diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.
ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan ia boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.