Memiliki zuriat sudah semestinya diidamkan setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan institusi kekeluargaan.
Bagaimanapun, menurut pelakon, Sabri Yunus, dia dan isteri, Angeline Tan tidak menaruh hasrat untuk memiliki zuriat pada usia lanjut.
Katanya, ketika di usia sekarang, mereka hanya mahukan hidup tenang dan selesa tanpa perlu lagi terbeban dengan membesarkan anak.
“Kami sudah berusia, saya 62 tahun manakala isteri 56. Tidak wajar lagi untuk kami menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.
“Kalau nak mempunyai anak biarlah kita mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Tak perlu susahkan hidup kalau tak mampu.
“Biarlah usia tua kami dalam gembira, tidak terbeban. Kasihan saya dengan orang-orang tua yang terpaksa menjaga cucu. Itu menyusahkan mereka,” katanya.
Sabri dan Angeline bernikah pada 14 Oktober lepas di Perlis. Pasangan itu bergelar suami isteri selepas tiga tahun menaruh perasaan antara satu sama lain.
Dalam pada itu, Angeline yang bersetuju dengan pandangan Sabri memaklumkan tidak ada keperluan untuk memiliki zuriat pada usia lanjut.
“Lagipun kami masing-masing sudah memiliki anak. Tapi saya tak bezakan, anak Sabri ibarat anak kandung saya sendiri.
“Kami berkahwin untuk berteman, pergi ke mana-mana ada sesama kami untuk menjaga satu salam lain. Itu lebih manis,” kongsinya
Sumber BN.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!` //
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.