Siapa yang tidak kenal dengan Dato Ramli Ms atau lebih mesra dengan panggilan Tokram, yang merupakan orang kuat di dalam industri muzik tanah air. Tokram dilahirkan di Singapura pada 17 November 1958 kemudian beliau menukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989.
Walaupun beliau tidak berpendidikan tinggi, namun pengalamannya dalam bidang muzik sudah cukup untuk melayakkannya digelar bapa muzik kerana beliau berbakat sebagai pemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon dan lain-lain.
Pernah berkahwin dengan Jennifer Thompson pada tahun 1988 sehingga 1999 serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli.
“Kacukkan Cina, Australia dan Irish”
Dikatakan bahawa Jennifer Thompson atau lebih mesra dengan panggilan Kak Jenn mempunyai darah campuran iaitu ibunya merupakan warganegara Malaysia, separuh Cina dan separuh Australia, manakala bapanya pula Irish. Kak Jenn dibesarkan di Malaysia serta menghabiskan pengajiannya kesemuanya di dalam Malaysia.
“Kecantikkan Turun Ke Anak”
Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar anak perempuannya yang dikatakan cantik seperti Kak Jenn masa muda-muda dahulu. Memang tidak dapat disangkalkan lagi apabila anak perempuannya bersama Tokram yang bernama Nadiah Ramli memang tampak cantik kerana mempunyai kacukkan dari ibunya.
Nadiah Ramli juga telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangan pilihannya yang dikenali sebagai Taufiq Nadzri pada awal tahun 2021. Kehidupannya kini bahagia bersama keluarga dan pasangan yang dicintainya itu.
Apa-apa pun, Murai MY mendoakan agar kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat serta hubungan kita bersama keluarga semakin erat. Apa kata anda?
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.