Kecoh Dakwaan Bakal Bercerai, Akhirnya Mawar Rashid Terpaksa Mengaku Ini!

LAPORAN berita mendakwa kononnya pelakon Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob bakal bercerai mengejutkan ramai peminat.

Dakwaan tersebut mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang tidak menyangka pasangan yang sering dilihat bahagia ini sedang berdepan kemelut rumah tangga.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, ketika dihubungi mStar bagaimanapun hanya mendiamkan diri selepas diajukan soalan berkenaan dan mematikan panggilan telefon.

raf 2

Laporan berita Mawar dan Raf bakal bercerai mengejutkan peminat.

Sebelum itu, media melaporkan Mawar dan suami iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah pada Rabu.

“Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, abang ipar Mawar iaitu penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob enggan mengulas berkenaan dakwaan tersebut.

Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob, 45, meminta orang ramai memberikan ruang kepada pasangan tersebut.

“Saya mohon maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri.

“Apa yang boleh saya cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk Raf dan Mawar. Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan ini,” jawabnya ringkas.

553

Fazley minta beri ruang kepada Mawar dan Raf.

Kontroversi mendakwa Mawar dan Raf bakal bercerai tercetus apabila pelakon itu mengambil keputusan untuk membuka tudung.

Hasil semakan, Mawar juga dikatakan tidak lagi mengikuti Raf di Instagram baru-baru ini.

Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply