JIKA sebelum ini ramai bersimpati dengan Ina Naim gara-gara kenyataan suaminya Suhaimi Saad yang memberitahu rumah mereka tiada mesin basuh, rupa-rupanya ada cerita di sebalik kisah berkenaan.
Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Ryhan Musa yang telah mengunjungi Ina di kediamannya selepas pemergian Suhaimi.
Ina atau Nordiana Mohd Naim, 39, memberitahu rumahnya tidak mempunyai kemudahan tersebut bukan kerana tidak mampu atau disengajakan sebaliknya mereka memberikan kepada jiran yang lebih memerlukan.
Ina kuat menerima takdir kehilangan suami.
“Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh, ada… tapi Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat.
“Ina tegur jiran tanya kenapa dan jiran menjawab mesin basuhnya rosak.
“Ina masuk dan bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh Ina berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut,” kongsinya.
Ryhan memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.
Sebelum ini, Suhaimi membuat pengakuan bahawa rumahnya tidak mempunyai mesin basuh untuk kegunaan harian.
Tindakan tersebut telah mengundang kecaman warganet kerana didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Suhaimi meninggal dunia pada 15 November.
Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada 15 November lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Untuk rekod, Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9 tahun.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.