Mawar Rashid Dan Suami, Raf Yaakob Bersetuju Untuk Bercerai, Tak Sangka Ini Puncanya!

PETALING JAYA: Menamatkan teka-teki pergolakan rumah tangga, pelakon, Mawar Rashid akhirnya mengesahkan dia dan suami, Raf Yaakob bersetuju untuk bercerai atas dasar tiada lagi persefahaman.

Mawar, 28, menerusi media sosialnya berkata, fokus utama mereka sekarang adalah memberi seluruh sokongan dan kasih sayang kepada anak-anak mereka sementelah hubungan antara mereka kekal baik.

Mawar Rashid dan suami bakal bercerai?

“Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya kekal berhubungan baik,

“Fokus kami sekarang adalah memberi sokongan dan kasih sayang yang diperlukan oleh anak-anak kami.

“Kejayaan hubungan kekeluargaan bermula dari ibu bapa dan itu yang kami akan usahakan bersama biarpun tidak lagi berdua,” ujarnya.

Desas desus pergolakan rumah tangga mereka mula menjadi buah mulut warganet apabila pelakon tersebut memadam gambar suaminya di media sosial.

Bagaimanapun, Mawar tidak mendedahkan bila mereka memfailkan cerai.

Kecoh dakwaan bakal bercerai, ini respons Mawar Rashid... Fazley Yaakob  pula mohon doa baik-baik - Sensasi | mStar

Dalam hantaran sama, pelakon Villa Kristal itu turut memohon agar tiada spekulasi atau tohmahan negatif yang sengaja dicipta dan meminta peminat mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

“Kami berdua sedih dan sesal untuk berkongsi berita duka ini kepada kamu semua. Tetapi, ini adalah yang terbaik untuk kelangsungan hidup kami berdua.

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga, untuk doa-doa yang baik. Itu amat bermakna untuk kami.

“Ini adalah kenyataan rasmi yang pertama dan terakhir dari kami. Harap semua pihak menghormati keputusan ini,” ujarnya.

Untuk info, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sumber Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply