MINGGU suku akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan penyanyi Aliff Aziz diumumkan sebagai peserta tersingkir pada pertandingan yang berlangsung pada malam Ahad.
Aliff yang menyampaikan lagu Cinta nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Gambus Jodoh (Tan Sri P. Ramlee) gagal mendapat perhatian juri profesional.
Ketua juri, Datuk Ramli MS menyifatkan Aliff melakukan banyak kesilapan dalam nyanyian dan persembahannya lebih baik ketika sesi latihan.
“Banyak kesalahan… Banyak melodi tak sampai. Rehearsal lebih bagus,” katanya.
Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan selepas namanya diumumkan tersingkir, Aliff memberitahu ASGV akan menjadikan karier nyanyiannya akan terus bertahan selepas ini.
“Macam-macam sudah saya lalui dan kerjaya seni saya akan terus menyinar,” katanya.
Selain Ramli, ASGV juga diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.
Sementara itu, Naqiu yang menyampaikan lagu Bol Radha Bol (Mukesh) dan Alah Emak Kahwinkan Aku (Zainorin Ms Dom) berjaya menduduki tempat pertama pada acara yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Pada awal konsert, Aliff Aziz diumumkan sebagai pemenang Anugerah Generasi Juara manakala Naqiu pula membawa pulang Anugerah Bintang Cuckoo Gempak.
ASGV dikendalikan oleh pasangan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.