Tuduhan Pukul Isteri Fitnah, Alif Teega Mahu Ambil Tindakan Walaupun Keluarga Sendiri – “Demi Allah Saya Tak Maafkan”

PEMPENGARUH media sosial Alif Teega menyifatkan tuduhan dia memukul dan bersikap kasar terhadap isteri pertamanya iaitu Aisyah Hijanah sebagai fitnah dan tuduhan melampau.

Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, berkata, dia tidak akan memaafkan tindakan yang memburukkan dirinya di media sosial.

“Assalamualaikum semua. Alif faham ramai yang sedih, marah, kecewa semuanya digaul sekali.

“Tapi sehingga keluar kata-kata tak baik, menghina paling menyedihkan. Fitnah Alif buat perkara yang bukan-bukan pada Aisyah.

alif teega 1

Aisyah sebelum ini meminta netizen tidak bercakap buruk tentang suaminya.

“Pukul, berkasar dan lain-lain. Berseronok dengan perempuan lain. Allahurabbi terlalu melampau. Tak apa, demi Allah saya tak maafkan,” katanya.

Alif meluahkan rasa kesalnya itu dalam satu hantaran di Insta Story miliknya pada Isnin.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telahpun dipadam setelah beberapa minit dimuat naik.

Tambah Alif, walaupun tuduhan itu datang dari keluarganya sendiri, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Bila dah bermain dengan maruah saya, saya terpaksa ambil tindakan undang-undang walaupun datangnya dari keluarga saya sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alif berkata, pengumuman perihal perkahwinannya bersamaa isteri kedua telah mendapat persetujuan bersama Aisyah.

Alif turut memohon supaya orang ramai berhenti menyebarkan spekulasi dan fitnah yang hanya akan menambahkan lagi masalah di antara keluarga kecilnya.

“Saya dah Aisyah memang bercadang untuk umumkan pernikahan saya ini atas persetujuan. Kami okay, perlahan-lahan terima dan satu-satu Alif dan Aisyah akan uruskan.

“Janganlah buat spekulasi atau fitnah bukan-bukan lagi. Doakan yang baik-baik sahaja. Saya dah urus rumah tangga saya baik-baik. Saya ketua keluarga tapi disebabkan orang lain jadi tambah masalah,” katanya.

alif teega 3

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata.

Pada petang Ahad, Alif membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari.

Tidak lama dari pengakuan itu, seorang pemuda tampil mendedahkan Alif Teega merupakan seorang suami yang dayus kerana pernah memukul isterinya.

Amirul Adni Rustam iaitu sepupu dan juga adik susuan Aisyah Hijanah berkata, mereka sekeluarga mengetahui dan menjadi saksi setiap perkara berkenaan.

Malah Amirul mendakwa, Alif menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika Aisyah sedang hamil anak ketiga.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply