Lakonan Qistina Raisah ‘Berselimut’ Dalam Bilik Dengan Lelaki Tak Disenangi Netizen!

Sejak bersiaran pada akhir Oktober lalu, drama Surat Untuk Tuhan kerap menerima komen negatif daripada netizen. Terbaru, potongan video babak yang dilakonkan selebriti remaja, Qistina Raisah pula menjadi topik perbualan di aplikasi X apabila satu akaun dikenali sebagai ciraplaici memuat naik rakaman tersebut.

Mana tidaknya, sebelum ini beberapa adegan yang dianggap keterlaluan telah menjadi perdebatan di media sosial walaupun drama berkenaan dibintangi barisan pelakon hebat.

Ada babak dalam bilik pula

Macam pelik ye budak umur 15 tahun bawa watak macam ni. mostly drama melayu memang kering idea eh?

Qistina Raisah kan masih di bawah umur?

Menurut netizen, babak berkenaan tidak sesuai dilakonkan olehnya memandangkan pelakon terbabit baru berusia 15 tahun dan masih di bawah umur.

Menerusi adegan tersebut, dia seolah-olah diperangkap sekumpulan lelaki apabila berdua-duaan di dalam bilik sebelum gambar dirinya dalam keadaan mengaibkan telah dirakam.

qistina raisah

Ada yang geli tengok Qistina Raisah dalam adegan macam tu

Pastinya posting tersebut mendapat pelbagai maklum balas negatif apabila netizen merasakan watak berkenaan tidak sesuai dengan Qistina kerana usianya yang masih lagi muda untuk melakonkan watak sebegitu.

Mereka juga mengkritik drama terbabit kerana dari awal penayangannya ada sahaja kontroversi, bermula dari dialog watak utamanya, Janna Nick yang keterlaluan di Tanah Suci serta adegan menendang ibu mentua yang dilakonkan oleh Sheila Mambo.

alt

Tak kira umur berapa, adegan macam tu tak sesuai dilakonkan

qistina raisah

Dia masih nampak macam kanak2

qistina raisah

Drama drama arahan Pali Yahya ini telah bersiaran di saluran TV3 dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Janna Nick, Shukri Yahaya, Sheila Mambo, Ummi Nazera, Qistina Raisah dan ramai lagi.

Walaupun drama berkenaan dihambat dengan pelbagai kontroversi, namun jalan cerita yang diketengahkan menghadirkan banyak pengajaran dan mungkin terjadi dalam kehidupan seharian masyarakat kita pada hari ini.

Sumber Siraplaici

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply