PELAKON Meerqeen tampil menjawab tuduhan mendakwa dia bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam seperti yang hangat menjadi bualan sebelum ini.
Kata Meerqeen Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, dia tidak mungkin melakukan perkara sedemikian terhadap seseorang yang sudah dianggap sebagai kawan.
“Tak mungkin saya akan buat perkara itu. Saya dan dia kawan. Ketika cerita itu timbul saya tidak ada di Kuala Lumpur kerana terlibat dalam penggambaran.
Meerqeen ketika ditemui media.
“Ia tidak berlaku langsung. Saya pun terkejut apabila terbaca mengenai hal itu,” katanya kepada mStar.
Meerqeen ditemui ketika majlis pra pelancaran filem lakonan terbaharu lakonannnya berjudul Klepet yang berlangsung di Putrajaya pada Rabu.
Dalam pada itu, Meerqeen turut menafikan dakwaan kononnya dia menjadi punca keretakan hubungan antara Mimi dan pelakon Syafiq Kyle.
Malah dia juga sudah berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan keadaan sebenar.
“Kami dalam lingkungan sahabat yang sama. Tak mungkin saya buat perkara sebegitu. Saya dan Mimi hanya rakan sahaja.
“Saya juga telah berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara sebenar,” tegasnya.
Saya pun terkejut apabila terbaca mengenai hal itu.
MEERQEEN
PELAKON
Sementara itu, aktor ini juga mengakui lebih selesa mengambil langkah berdiam diri apabila mengetahui perkara ini menjadi tular di media sosial.
Malah, dia menyedari kehidupan sebagai seorang artis sering menjadi perhatian dan dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak.
“Semakin lama kita dalam industri pasti akan ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan kita.
Meerqeen lebih selesa untuk mendiamkan diri daripada bersuara.
“Kenapa saya perlu jawab untuk puaskan hati semua orang. Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa yang saya buat,” jelasnya.
Sebelum ini timbul dakwaan dua orang selebriti bercium di sebuah kelab malam dan nama Meerqeen disebut-sebut sebagai pihak yang terlibat.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.