Sebut sahaja nama “Datin Sofia Jane”, pasti ramai yang dapat bayangkan wajah pelakon dan model berdarah kacukan ini. Sangat cantik, anggun dan langsung tak nampak tua walaupun usianya sudah separuh abad. Macam vampire!
Dipetik daripada Kosmo!, Datin Sofia mendedahkan dia sering menerima pertanyaan tentang rahsia kecantikan dan kesihatannya. Kalau kamu nak tahu, ini jawapannya…
Sejak tujuh tahun yang lalu, Datin Sofia mengambil langkah untuk menukar cara pemakanannya dan gaya hidupnya. Antaranya dia mula mengambil makanan yang berasaskan sayur-sayuran sahaja.
“Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi ‘vegetarian’ sejak tujuh tahun lalu. Selain itu, saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak.”
Manakala untuk jalani kehidupan yang sihat pula, ibu kepada empat cahaya mata ini turut amalkan senaman secara berkala. Tujuannya adalah untuk memastikan badannya sentiasa berasa aktif. Kemudian Datin Sofia akan pastikan dirinya mengambil air dalam kuantiti yang cukup setiap hari.
Bukan itu sahaja Datin Sofia turut menambah yang dia akan pastikan dirinya sentiasa senyum terutamanya pada orang sekelilingnya setiap hari. Barulah wajah akan sentiasa nampak muda dan ceria!
Seakan menolak dakwaan dirinya langsung tidak alami sebaang penuaan, Datin Sofia mendedahkan wajahnya sudah mempunyai garis-garis halus.
Sumber Murai
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.