Mak Cik Kemboja, Anak Didakwa Esok, Tak Sangka Ini Puncanya Sampai Kena Naik Mahkamah!

MELAKA – Pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd., Mariyah Yaakob, 49, yang dikatakan telah menghina rakyat negara ini, khususnya kaum Melayu akan didakwa di Kompleks Mahkamah Melaka di sini, esok.

Turut akan dituduh ialah anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd. Hisyam, 22, yang juga Pengarah Mariyah Holdings Sdn. Bhd.

Makcik Kemboja Mohon Maaf - Malaysian Update – Berita Terkini Untuk Anda

Terdahulu, wanita tersebut telah hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 21 November lalu bagi rakaman percakapan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, polis negeri ini telah menerima sebanyak 14 laporan berhubung klip tular wanita berkenaan yang mengeluarkan kata-kata ‘orang Melayu malas’ ketika membuat pentstriman langsung di TikTok, bulan lalu.

Katanya, seramai lapan individu turut dipanggil bagi membantu siasatan sejak 19 November lalu.

Anak makcik Kemboja dakwa video asal disunting, sebenarnya sasar bekas  pekerja... Bersumpah tak cabar netizen - Semasa | mStar

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

Pada 27 November lalu, Mariyah dan anaknya itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka berkaitan kes tersebut dan mendakwa ia ditujukan kepada bekas pekerja syarikat berkenaan serta sebagai motivasi kepada masyarakat.

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply