Rupanya Belum Daftar Pengesahan Rujuk, Diana Danielle Perlu Sedikit Masa… “Atas Kertas Sahaja, Tak Mengubah Apa-Apa”

DIDAKWA masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk di mahkamah, pelakon Diana Danielle menganggap ia bukanlah satu keperluan yang perlu diikuti.

Dalam hal ini, Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, berpendapat proses rujuk semula perkahwinan tidak memerlukan sebarang hitam putih.

“Tak rasa itu satu keperluan. Itu hanya satu proses, tak perlu hitam putih.

“Apa keperluannya? Atas kertas sahaja pun, tak mengubah apa-apa. Itu hanya satu proses lain. Tak perlu hitam dan putih.

DD 1

Diana dan Farid telah rujuk kembali pada 31 Ogos lalu.

“Kecualilah tak pernah jadi (rujuk). Sekarang kami telah rujuk, tidak akan mengubah apa-apa,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Diana berkata hubungannya bersama suami iaitu Farid Kamil adalah sah disisi agama Islam meskipun tiada sebarang dokumentasi pengesahan.

“Secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa cuma secara undang-undang sahaja belum,” ujarnya.

Ditanya bilakah dia akan membuat pengesahan rujuk di mahkamah, Diana berkata dia dan suami memerlukan sedikit lagi waktu untuk menguruskan proses berkenaan.

“Buat masa ini, kami ambil nafas dahulu. Kami sekarang macam… ala mahkamah lagi. Sekejap ya,” katanya.

Sebelum ini, menerusi temubual bersama mStar, peguam yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pasangan tersebut perlu ke mahkamah bagi mengesahkan status hubungan mereka.

Sekiranya masih dalam tempoh edah, Diana dan Farid perlu ke mahkamah untuk mendapatkan sijil rujuk.

Jika tidak dilakukan dalam tempoh edah, Akberdin berkata pasangan tersebut perlu untuk bernikah semula.

DD 2

Farid, Diana bersama dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Untuk rekod, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Bagaimanapun, perceraian tersebut tidak tahan lama apabila Farid mendedahkan sudah rujuk kembali dengan Diana pada 31 Ogos.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply