KUALA LUMPUR: Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian anak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, adalah akibat kecederaan pada leher.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemui malam tadi.
Katanya, bedah siasat petang tadi menunjukkan mangsa bukan meninggal dunia di lokasi mayatnya ditemui.
“Rumusan daripada bedah siasat dan usaha pencarian dijalankan pihak polis Petaling Jaya bersama masyarakat setempat selama dua hari yang melalui tempat sama, tidak bertemu mangsa.
“Sebaliknya, mangsa ditemui pada hari kedua lewat malam tadi.
“Dari situ boleh dirumuskan mangsa tidak mati di tempat kejadian, mangsa mungkin mati di tempat lain sebelum (mayat) diletakkan di situ,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, sebentar tadi.
Mohd Shuhaily berkata, kesimpulan itu turut mengambil beberapa indikator hasil bedah siasat petang tadi.
Sumber BH.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.