KISAH kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia kerana dibunuh benar-benar menyentuh hati rakyat negara ini.
Sejak awal berita mengenai kehilangan Zyan disiarkan sehinggalah penemuan mayatnya pada malam Rabu, rata-ratanya menantikan perkembangan kes kanak-kanak malang ini penuh debaran.
Di kala pihak polis giat menjalankan siasatan ketika ini, tular satu rakaman suara seorang wanita dipercayai ibu kepada Allahyarham Zayn, iaitu Ismanira Abdul Manaf.
Rakaman suara wanita tersebut yang menceritakan kronologi awal kehilangan kanak-kanak berkenaan kini tular di laman TikTok.
“Dia (Zayn Rayyan) hilang tengahari masa saya baru ambil dia dari sekolah. Sebelum ambil dia di sekolah, saya pergi beli barang dapur.
“Lepas tu, sampai dekat rumah, dia ajak main taman. Taman depan rumah je, dia mengamuk nak main taman. Tak nak naik rumah dulu.
“Jadi saya bawa dia sekejap main taman dalam 10 minit. Dah main, saya pun ajak balik rumah,” ceritanya.
Bercerita lebih lanjut, wanita itu berkata, ketika sedang menaiki tangga menuju ke rumah, kanak-kanak tersebut enggan menurut dan mula meragam.
“Saya tak pedulikanlah, sebab tengah pegang barang. Saya tak pegang dia tapi dia betul-betul ada di belakang saya waktu tu.
“Saya naik lagi beberapa langkah, saya pusing belakang panggil nama dia ‘Zayn’, terus tak ada… senyap macam tu saja.
Mayat Zayn ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai, yang terletak kira-kira 200 meter dari kediamanannya, pada Rabu malam.
“Memang saya tak perasan langsung bila dia lari, sebab tak ada bunyi suara langsung. Kasut pun tak ada bunyi. Dia terus lari macam tu je.
“Memang saya dah mencari belakang rumah, semak semua tak ada. Memang macam peliklah, sekelip mata laju berdesup,” katanya dalam rakaman berdurasi 1.12 saat itu.
Sehingga kini, rakaman yang dimuat naik oleh akaun @suhadanazry meraih lebih 1.6 juta jumlah tontonan di TikTok.
Pelbagai reaksi dilontarkan oleh netizen di ruangan komen, dengan kebanyakan daripadanya meluahkan rasa pelik bagaimana kanak-kanak autistik itu mampu ‘lesap’ dalam sekelip mata.
Malah ramai yang turut membuat spekulasi serta andaian masing-masing mengenai kes berkenaan.
“Memang laju pergerakan mereka kalau ada kesempatan. Yang dikurniakan anak atau cucu autisme saja tahu.
“Cara hilang macam ada orang tarik terus bawa lari sebab sekelip mata hilang.
“Saya pun ada anak autisme. Diorang memang laju, pantang kita kalih mata ke lain, mereka dah ke lain,” demikian antara komen netizen.
Untuk rekod, mayat Zayn yang hilang sejak tengah hari Selasa ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai, yang terletak kira-kira 200 meter dari kediamanannya, pada Rabu malam.
Mayat mangsa ditemukan oleh penduduk yang menjalankan operasi pencarian di sekitar kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Polis percaya mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di lokasi dia ditemukan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata hasil bedah siasat mendapati kesan luka pada leher dan tubuh mangsa berpunca daripada pergelutan.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.