BIMBANG perubahan saiz pada kemaluan berlaku gara-gara pertambahan berat badan, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli nekad melakukan pembedahan bariatrik.
Selain masalah itu, Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, berkata tujuannya membuat pembedahan potong usus itu juga bagi mengubah penampilan dan menjaga kesihatan diri.
“Saya mencari orang yang boleh potong perut saya dengan segera. Saya perasan apabila gemuk ini memang membuatkan aset kita (kemaluan) kecil.
Iqbal nekad untuk mengubah penampilan diri.
“Dulu saya ingatkan gemuk ini comel tetapi sekarang saya lihat semula… jalan pun sudah seperti penguin. Dalam masa sama, saya mahu kurus segera dan tujuannya demi kesihatan lebih baik,” katanya kepada mStar pada Selasa.
Tambah Iqbal, dia juga terdetik untuk membuat pembedahan itu selepas melihat ramai wanita lebih tertarik kepada lelaki bertubuh kurus.
“Saya sebelum ini ada terbaca komen wanita di luar sana yang lebih suka kepada lelaki kurus. Ini juga salah satu sebabnya. Buncit orang tidak suka,” ujarnya.
Sementara itu, Iqbal berkata dia sanggup membayar kos perubatan yang tinggi dan berharap impian untuk kurus tercapai.
Justeru itu, dia meminta mana-mana pihak yang mengetahui mengenai pembedahan itu untuk segera menghubunginya.
“Untuk bayaran, saya usahakannya seberapa banyak kos pun saya sanggup. Kebetulan saya ada masa terluang minggu hadapan. Ini serius. Siapa boleh potong perut tolong hubungi saya segera,” ujarnya.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.