ISTERI kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan perubatan yang diterima daripada seorang doktor di sebuah pusat klinik baru-baru ini.
Kata Fazreena, 27, doktor tersebut tidak melakukan pemeriksaan kesihatan sewajarnya sebaliknya hanya memberikan dia ubat semata-mata.
“Dua hari lalu saya ke klinik dan tanpa bertanyakan apa-apa masalah kesihatan dan simptom, doktor hanya memberikan saya pil migrain.
Perkongsian Fazeera yang dimuat naik di Instastory miliknya.
“Saya memberitahu doktor sudah mengalami sakit kepala yang teruk selama lima hari, saya tidak boleh tidur dan menggigil menahan sakit.
“Doktor hanya merenung dan memberitahu degupan jantung saya laju lalu memberikan pil migrain… Saya kecewa kerana saya hanya ingin merawat kesakitan yang dialami,” katanya.
Gara-gara sikap acuh tak acuh doktor berkenaan menyebabkan dia terpaksa mendapatkan khidmat nasihat kedua daripada pakar perubatan di klinik berlainan.
Selepas melalui pemeriksaan lengkap barulah diketahui sakit kepala teruk dialami olehnya itu berpunca jangkitan influenza.
“Saya percaya hanya doktor yang boleh membantu saya menangani kesakitan ini… Malangnya saya rasa sangsi dengan rawatannya dan berkunjung ke hospital lain.
“Saya menerangkan simptom yang dialami dan doktor itu juga bertanyakan beberapa soalan tentang keadaan kesakitan saya.
“Alangkah terkejutnya apabila saya disahkan positif influenza. Bayangkan jika saya tidak mengambil inisiatif untuk pergi ke hospital lain dan hanya mengambil pil migrain,” katanya.
Fazeera kecewa dengan rawatan yang diterima daripada sebuah klinik.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon drama Julia ini turut memberi nasihat kepada pengamal perubatan untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik bagi memberikan rawatan terbaik kepada masyarakat.
“Saya berharap doktor yang mula merawat saya itu melakukan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab.
“Kepada para doktor, pesakit anda adalah tugas utama anda dan kerana itu kami (pesakit) memerlukan doktor untuk merawat pesakit,” katanya.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.