Alyah terkedu dengan komen Hetty Koes Endang, minta jangan jatuhkan Siti Nordiana!

PENYANYI Datin Alyah meminta orang ramai tidak membandingkan nyanyian Siti Nordiana dengan dia ketika menyanyikan lagi Kisah Hati pada konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad.

Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 42, sebagai penyanyi mereka beruda sudah memberikan yang terbaik dalam menyampaikan lagu berkenaan dengan cara tersendiri.

“Saya kongsi semula semua mesej nama saya sebab sokongan yang diberikan buat saya sebak. Tapi janganlah jatuhkan sahabat saya. Saya yakin dia pun sudah berusaha keras nak beri yang terbaik.

Nana a1

Antara komen-komen netizen.

“Saya rakam lagu Kisah Hati ini berulang kali sebab mahukan yang terbaik. Tak kisahlah lagu sendiri atau lagu orang lain. Hargailah kerana usaha kami.

“Mohon jangan bandingkan kerana kami sahaja tahu rasa sakit itu,” katanya.

Alyah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

Luahan itu dibuat selepas peminat meluahkan rasa kurang senang dengan komen juri tetap ASGV iaitu Hetty Koes Endang yang menganggap nyanyian Siti Nordiana lebih baik berbanding dia.

Susulan komen tersebut, ramai mula berkongsi kembali video nyanyian Alyah pada acara Anugerah Juara Lagu ke-26 dan menyuarakan ia jauh lebih baik.

Mendengar komen Hetty pada malam final itu, Alyah mengakui terkejut sehingga terkedu kerana tidak menyangka itu pandangan juri.

Nana a2

Ramai yang kurang senang dengan komen Hetty.

“Saya hadir malam tadi (ASGV) untuk sokong sahabat yang menyanyikan lagu saya. Walaupun dikejutkan dengan situasi yang buat saya terkedu sehingga tak tahu nak beri reaksi. Saya hanya mampu tersenyum,” ujarnya.

Sementara itu, peminat menganggap Hetty tidak sepatutnya memberi komen sebegitu kerana boleh menjatuhkan kredibiliti Alyah sebagai seorang penyanyi.

Malah video nyanyian Alyah sebelum ini juga mula menjadi trending di media sosial selepas kejadian itu.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply