Pempengaruh Fila Kesal Perkahwinan Masih Dikecam Netizen, Didakwa Pilih Suami ‘Asal Boleh’

Pejam celik, pejam celik, perkahwinan pempengaruh Nur Afilah Amir Rusdi bersama suaminya Adama Muhamed Camara yang berasal dari Guinea, Afrika Barat sudah pun menjangkau usia empat tahun.

Sungguhpun begitu, perkahwinan Afilah yang lebih dikenali sebagai Fila itu masih lagi menjadi bualan sehinggakan dikecam wargamaya di media sosial.

Pelik perkahwinan dipertikai

Fila dan Adama

Terbaharu, Fila tampil memuat naik hantaran memaparkan komen seorang individu lelaki mengenai perkahwinannya menerusi hantaran di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat komen lelaki tersebut yang menganggap Fila ‘asal boleh’ dalam memilih calon suaminya.

Kau pun macam dia juga ke asal boleh?

Tenang dengan komen tersebut, Fila dilihat memuat naik momen kebaikan serta kelebihan yang dimiliki suaminya, Adama.

Antara kelebihan dan kebaikan yang ditunjukkan ialah kerajinan suaminya itu dalam mencari rezeki, berpelajaran tinggi serta berupaya menguasai tujuh bahasa yang berlainan.

Eee ada hati nak kata kita ni asal boleh pilih suami, elok lagi suami aku dari kau.

Lagi satu dia tinggi, kau tu setakat duduk celah ketiak dia ja. Okay bye.

Respon netizen

Fila dan Adama

Fila dan Adama

Fila dan Adama

Fila dan Adama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut yang dilihat seakan mempertikai jodoh Fila dan Adama.

Menurut mereka, sekurang-kurangnya Adama mempunyai ciri-ciri seorang suami yang bertanggungjawab di samping mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik.

Mereka juga mendoakan agar perkahwinan Fila dan Adama sentiasa dirahmati Allas SWT.

Video

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply