Pegawai kanan polis ditahan kes langgar pelajar depan sekolah!

Ipoh: Pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan pelajar tingkatan lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah itu akan direman esok untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Ativa dan motosikal jenis Yamaha, pada 12.40 tengah hari.

“Penunggang motosikal, iaitu remaja berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pegawai polis berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, siasatan turut dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

“Orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebatang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam,” katanya.

Yahaya turut meminta orang awam yang mengetahui atau menyaksikan kejadian itu untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163.

Terdahulu, media melaporkan polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar berusia 17 tahun maut dilanggar lari sebuah kereta berhampiran SMK Jati, Meru, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan, dan sedang dalam proses memanggil saksi untuk membantu siasatan.

Sumber Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply