SIAPA sangka hubungan persahabatan yang dibina sejak 14 tahun lalu akhirnya menyatukan pelakon Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada menjadi pasangan suami isteri.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, memuat naik foto-foto lama sewaktu mereka bersama-sama berada di bangku sekolah.
Perkongsian Hafidz itu secara tidak langsung membuktikan mereka pernah berkawan rapat sejak berusia 15 tahun.
Gambar kenangan Hafidz bersama Athira ketika di bangku sekolah.
“Kami mula berkenalan tahun 2009 masa tingkatan 3. Sekejap sahaja masa berlalu. Sekarang sudah 2023… 14 tahun kami kenal,” katanya.
Pada hantaran berkenaan Hafidz turut mendedahkan hubungan rapat mereka terjalin sehinggalah masing-masing berumur 21 tahun.
Pada penghujung video berkenaan, Hafidz juga memuat naik gambar terkini mereka berdua melambangkan cinta kembali bertaut pada tahun 2023.
Hafidz sah bergelar suami kepada Athira dalam sebuah majlis yang berlangsung pada Glass House Event Spave, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Hafidz selepas sah bercerai dengan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri pada Julai lalu.
Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini, Hafidz mendedahkan dia dan Athira adalah cinta pertamanya dan hubungan mereka pernah terputus sebelum ini.
Hafidz dan Athira berkahwin pada Jumaat.
“Athira terima saya seadanya. Sentiasa ada semasa saya susah.
“Kami kembali menjalinkan hubungan dan rancang berkahwin selepas saya dan isteri bercerai,” ujarnya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3 tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.