“Masa Lenyek Anak Orang Takde Sekelumit Rasa Malu Pun” – Tular Wajah DSP Mohd Nazri Ditutup, Polis Kawal Ketat Di Mahkamah!

Pagi ini, pegawai kanan polis Mohd Nazri Abdul Razak dituduh membunuh pelajar Tingkatan 5 Jumaat lalu di berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Kinta, Ipoh.

Tertuduh berusia 44 tahun itu merupakan polis berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Difahamkan, hanya beberapa agensi media sahaja dibenarkan masuk ke mahkamah untuk merakamkan foto dan video tertuduh.

Foto yang dirakamkan oleh BERNAMA meraih perhatian selepas tertuduh dilihat dikawal ketat dan seluruh wajah dan kepalanya diselubung dengan sehelai kain gelap.

mohd nazri

Ramai warganet mempersoal tentang keperluan melindungi wajah tertuduh dan adakah kerana dia merupakan seorang pegawai berpangkat tinggi.

Ada yang turut membandingkan tindakan pihak berkenaan yang tidak berbuat perkara yang sama sekiranya rakyat biasa yang dituduh di mahkamah.

Kalau orang awam bersalah, dedah sededah dedahnya muka.

komen

Menurut laporan, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha, tertuduh mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Kinta, di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari 15 Disember lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Sumber BN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply