Penyanyi maut ditikam di Klang, suspek akhirnya ditangkap! Rupanya suspek adalah..!

IDENTITI mayat seorang wanita yang ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau oleh seorang lelaki di parkir sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi 5, Klang pada Selasa telah pun dikenal pasti.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, wanita berkenaan dikenali sebagai Xu Jia Ling merupakan seorang penyanyi tempatan.

Memetik laporan China Press, hasil siasatan mendapati penyanyi berusia 26 tahun itu ditikam oleh lelaki yang mengejar cintanya sejak dua tahun lalu.

Screenshot-2023-12-20-085941

Mangsa ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan kerana cemburu selepas mangsa berkongsi foto bersama teman lelaki di media sosial pada Ahad lalu.

Menurut fakta kes, kejadian tersebut difahamkan berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika mangsa berjumpa dengan suspek di restoran sebelum ditikam berdekatan kenderaan selepas mereka selesai makan tengah hari.

Malah suspek juga membawa pulang mayat mangsa ke rumahnya dan cuba menyedarkan mangsa namun tidak berjaya.

“Pada 4.20 petang, suspek ditangkap sepasukan polis dari Cawangan D9, IPD Klang Selatan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir,” katanya.

Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hasil bedah bedah siasat juga menunjukkan terhadap mangsa mendapati banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang badan.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply