Beberapa hari lalu, video seorang wanita berbaju hijau yang berjalan kaki di tepi jalan raya telah tular ke serata media sosial. Di bahagian sisi juga, terlihat seorang lelaki setia mengekorinya secara perlahan dengan menaiki kereta Waja berwarna kelabu. Hingga kini, status pasangan itu masih belum dapat dipastikan lagi.
Saya rekod sebab situasi depan saya tu sangat rare..Saya pernah mengalami
Akan tetapi, individu yang merakam situasi berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada abang dan kakak berkenaan. Jelas wanita bernama Fiedha, dia langsung tiada niat mengaibkan sesiapa ketika rakaman itu dikongsikan ke media TikTok. Berlaku di Kota Masai, Pasir Gudang, Johor, Fiedha berkata mulanya dia cuma mahu merakam keadaan sekeliling secara random untuk dikongsikan ke IG Story sementara menunggu ibunya selesai membeli barang.
Ada 2 lelaki Pakistan lalu sebelah saya tengah kopek aiskrim sama-sama…Amboi sweetnya
Kebetulan, dia terlihat 2 orang lelaki warga Pakistan sedang makan aiskrim bersama-sama. Merasakan ‘pemandangan’ itu agak menarik, Fiedha terus merakam dengan telefonnya sebelum menyedari rupanya ada kereta Waja sedang mengikuti wanita berbaju kurung itu dari sisi. Hanya memuatnaik video itu secara suka-suka, Fiedha langsung tidak menyangka ia telah viral 1 Malaysia dalam sekelip mata.
Saya doakan abang kakak, kalau belum kahwin, semoga dipermudahkan next step
Di sebalik komen lawak dan menggamit kenangan, rupanya ada segelintir netizen yang mengecam video berkenaan. Justeru di sini, Fiedha sekali lagi meminta maaf kepada mereka berdua selain berharap semoga urusan pasangan itu dipermudahkan kelak.
KREDIT : TikTok Fiedha Coway
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.