Baru Seminggu Jalani Pembedahan Masuk Perentak Jantung, Tak Sangka Ini Yang Terjadi Pada Ebby Yus!

Selepas menjalani pembedahan memasukkan bateri atau perentak jantung pada minggu lalu di Hospital Sultan Idris Shah, pelakon dan pelawak, Ebby Yus mengakui ada perkembangan positif terhadap tahap kesihatannya.

Baru seminggu lebih jalani pembedahan

Memetik laporan Berita Harian, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid memberitahu masih ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan seperti berdiri lama dan berjalan terlalu jauh tanpa bantuan orang lain.

Baru seminggu lebih saya menjalani pembedahan dan luka masih perlu dicuci di hospital. Temujanji mendapatkan rawatan susulan saya masih perlu pergi, yang terdekat pada bulan depan. Selepas pembedahan nampak ada sedikit perubahan. Tapi, disebabkan saya banyak penyakit lain, jadi mungkin akan ambil masa.

Setakat ini, saya kena jaga bahagian luka daripada pembedahan. Alhamdulillah pening pun semakin baik, cuma hendak berdiri lama masih tak boleh kemungkinan disebabkan sel darah merah kurang. Setakat berjalan dalam rumah boleh lagi, tapi kalau jauh kena guna kerusi roda.

Berbicara mengenai kesan sampingan selepas pembedahan pula, Ebby berkata, dia mengalami bengkak pada kaki dan tangan, selain berdepan kesukaran untuk tidur.

Kesan sampingan ada juga sikit. Antaranya, bengkak pada kaki dan tangan selepas pembedahan, tapi sekarang Alhamdulillah sudah surut. Selepas pembedahan saya tak boleh tidur dan mungkin dalam tempoh sebulan hingga dua bulan ini, tangan tak boleh hendak angkat sangat.

Ujar Ebby, dia bersyukur hampir keseluruhan kos pembedahan memasukkan perentak jantung ditanggung Kementerian Kesihatan (KKM).

Kos keseluruhan pembedahan adalah RM38,000, tapi KKM menampung sebanyak RM33,000. Baki dalam RM5,000 saya perlu keluarkan duit sendiri, tapi dengan bantuan keluarga dan rakan.

Sumber OB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply