GARA-GARA anak dilihat jarang bersama bapanya, ada peminat mula mempersoalkan kepada Shila Amzah mengenai hubungannya dengan bekas suami iaitu Haris Idraki Elias.
Menjawab mengenai pertanyaan itu, Shila atau Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata dia kini lebih mengutamakan kegembiraan anaknya iaitu Seth Uwais dan tidak mahu perkara itu mengganggu kehidupan kanak-kanak berkenaan.
“Tak apalah yang penting sekarang Seth gembira, doakan yang baik-baik,” katanya.
Shila gembira lihat perubahan Seth.
Shila berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada peminatnya tentang bapa kandung Seth di satu hantaran Instagram.
“Maaf bertanya, bapa kandung Seth memang tak jenguk anak dia ke?,” soal netizen.
Dalam muat naik sama, Shila turut berkongsi perasaan teruja dan sebak melihat anaknya itu memulakan hari pertama persekolahan.
Kata Shila, dia dapat melihat perubahan pada anaknya yang dahulu kurang bercakap namun kini menjadi peramah dan mudah mendengar arahan.
“Hari pertama Seth bersekolah. Perasaan normal mak-mak, sedih tapi Sha (Shila) gembira sangat dengan milestone dia.
“Dia teruja sampai berlari masuk sekolah tadi. Mama dan papa yang sedih, tapi ini lah prosesnya.
Shila dan Haris berpisah pada Februari 2022.
“Dari tak bercakap langsung, dari tak pandai dengar arahan, tak faham, sekarang Alhamdulillah dia berjaya kejar,” katanya.
Untuk rekod, Shila dan Ubai melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos lalu.
Ia merupakan perkahwinan kedua Shila selepas rumah tangga dibina bersama Haris Edraki Elias pada April 2018 berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.